Seperti orang lain juga kami mempunyai giliran beraya. Tahun lepas giliran encik suami. Jadi, tahun ini giliran isteri pula. Tapi, kita sebagai isteri ini sebenarnya tak kisah sangat nak beraya di mana-mana pun. Raya kan sebulan. Tapi, encik suami tetap nak ikut giliran. Ok lah macam tu! Kita ikutkan sahaja. Almaklumlah kan..semuanya di tanggung oleh encik suami. Kita ikut arahan sahaja. Oleh kerana kali ini mak dan abah nak beraya di rumah nenek di Batu Pahat. Kami pun kena balik Batu Pahat lah, jawabnya. Sebenarnya, agak lama tak balik Batu Pahat. Dan, sepanjang perkahwinan kami. Belum sekali kami beraya di Batu Pahat. Alhamdulillah di beri kesempatan balik beraya di Batu Pahat kali ini, setelah beranak dua.
Kami tiba di Batu Pahat 2 hari sebelum Syawal. Ramadhan terakhir pada tahun ini, kami berbuka bersama-sama insan tersayang (nenek, mak, abah, along, suami dan anak-anak ). Seronok sangat!! Suatu pengalaman yang paling indah!!
Siangnya, Ramadhan yang terakhir itu. Dapat melihat nenek buat ketupan lepat. Bab masak ketupat lepat ini. nenek lah paling handal. Nak belajar juga buat ketupat lepat ni. Tapi, bila nak tolong buat. Si kecik 2 orang pun nak nolong gak! Sudahnya, harapan tinggal harapan je lah ye ;)
Mak pulak siapkan ketupan nasi dan ketupat palas. Ketupat palas nampak senang. Tapi sebenarnya ada cara, kalau salah cara jadi ketupat palas betina. Tak sedap nanti. Kene buat ketupat palas jantan. Barulah sedap! Hok ni, mummy kene belajar jugak ni! ;)
Syawal yang pertama tahun 2015, dapat berkumpul dengan keluarga sendiri. Keluarga adik je tak ada. Sebab suaminyabekerja pada 1 Syawal. Kami sekeluarga bertemakan warna krim gold. Manakala keluarga mak, bertemakan warna Biru Elegan. Menawan tema family mak ye!
Bila balik ke kampung, sepupu dua pupu ramai. Dhia mulalah. Nak main aja. Sudahnya, kami bergambar bertiga sahaja. Gambar sekeluarga raya kita bergambar di studio macam biasa je lah nanti ye ;)
Anak-anak sedondon. Baju kurung dan baju melayu lain dari yang lain. Ada corak gitu ;) belasah je lah ye. Baju sponsor katanya. Upah jahit pulak, daddy yang sponsor. Alhamdulillah rezeki mereka ;)
Selesai beraya bersama-sama keluarga dan nenek (sebelah abah). Kita bergerak ke rumah Tok sebelah mak pula. Rumah keluarga mak dan abah tak jauh. Boleh beraya pada hari yang sama. Jimat masa! ;)
Dah sampai rumah Tok Hawa kita, tok ayah dah tiada. Dah 2 tahun meninggalkan kami. Alfatihah!
Selesai minum dan jamah kuih raya. Terus bergambar bersama sebahagian sepupu-sepupu, dan makcik-makcik. Setahun sekali pun belum tentu dapat jumpa. Haruslah bergambar sakan,kan!!
Selesai solat Jumaat, kami terus menziarah makcik-makcik - adik beradik sebelah mak di sekitar Batu Pahat juga (Mak Ngah, Mak Dah dan Mak Mon).
Malam selepas Maghrib, acara ziarah menziarahi keluarga adik beradik sebelah abah pula (Cik Akob, Cik Lah) semuanya sekitar Batu Pahat juga. Seronok dapat berjumpa sedara-mara besar kedua-dua keluarga mak dan abah. dan, bila kira-kira balik. 7 buah rumah sehari kami beraya. Sakan!
Raya kedua (2 Syawal) kami, bersiap-siap untuk pulang ke Taiping. Sebelum balik ke Taiping. Kami singgah rumah nenek untuk berjumpa nenek, mak dan abah. Tema raya kedua warna hijau. Baju kurung dah tak ada. Sebab tak beraya. Nak berjalan jauh pula ;)
Bergambar kenangan dengan nenek sebelum kami berangkat ke Taiping. Nenek siap suruh kami balik beraya di Batu Pahat lagi selagi umurnya masih ada. Sobs!! Sedih sungguh dengar ayat nenek. Insyaallah ye nenek!!
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
saya orang batu pahat.. kampung kat batu pahat kat area mana
ReplyDeletebestnya beraya sana sini
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com