SERPIHAN MH370 TELAH DI JUMPAI DI PULAU REUNION DI TIMUR LAUTAN HINDI
Setelah 515 hari kita kehilangan MH370 dan sejarah ini
seakan-akan pudar dari ingatan kita. Kini, kisah MH370 telah mengejutkan kita
dengan satu berita bahawa serpihannya telah di jumpai beberapa hari lalu. Dan
jam 2 pagi tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan
pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Beliau menyatakan bahawa siasatan
pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat
milik MH370. "Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat
MH370 terhempas di kawasan terbabit.
"Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga
penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan.
Kehilangan mereka akan terus diingati," beliauu berkata di sidang media
khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam pada itu, pihak keluarga Penyelia Penerbangan MH370 - Patrick
Francis Gomes berkata, pengesahan bahawa pesawat itu terhempas masih belum
mencukupi untuk menamatkan misteri berkenaan kerana mereka menuntut penjelasan
lebih lanjut mengenai punca kehilangannya. "Sekarang saya ingin tahu di
mana bahagian utama pesawat itu supaya kita boleh keluarkan penumpang dan
mendapatkan kotak hitam, supaya kita tahu apa yang berlaku. "Hanya selepas
itu bagi kami barulah perkara ini selesai sepenuhnya," kata Jacquita
Gonzales, isteri kepada Patrick Francis Gomes. – AFP
Terjawab atau tidak terjawab…nak percaya atau tidak percaya?
Wallahualam. Kita hanya mampu merancang. DIA yang tentukannya. “kunfayakun…”
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72698
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72704
Salam..
ReplyDeleteSelamat pagi...
Nieyl singgah sini...
Salam Takziah pada keluarga mereka...
Takziah bagi keluarga mangsa mh370.. Segala apa yg berlaku ada hikmahnya.. Apapun, nasib baik jumpa serpihan kapal terbang tu akhirnya
ReplyDeleteAlfatihah..Salam Takziah..
ReplyDeletekalau betul.
ReplyDeletekena selidik apa terjadi sebeno nyer.
cari kotak itam cecepat.
biras kakak aida ada dlm mh370.
al-fatihah...
bagus la kalau betul...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com