Tetamu Pembawa Rezeki




Bila bulan Syawal ini, pastinya banyak agenda rumah terbuka di sana sini. Saya juga tidak putus-putus menerima jemputan rumah terbuka dari sanak saudara, kenalan dan kawan-kawan. Alhamdulillah moga murah rezeki kalian. Sebenarnya, tetamu itu pembawa rezeki kepada tuan rumah. 


Mengikut satu cerita ini,"Ada seorang lelaki yang suka tetamunya datang. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiap kali dia membawa tetamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Lelaki itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah SAW. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda, "Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah SAW dan beberapa orang sahabat akan ke rumahmu."

Rasulullah SAW berpesan kepada lelaki itu, "Katakan kepada isterimu supaya dia memerhatikan tetamu pada saat mereka keluar rumah."

Isteri lelaki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah SAW. Pada saat tetamu masuk, dia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah SAW bersabda, "Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana."

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tetamu.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya tetamu yang datang mengunjungi seseorang, dia membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit. Apabila dia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi itu."

Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata, "Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kedekut adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain agar mereka tidak memakan makanannya."

Rasulullah SAW bersabda, "Suatu majlis ( pertemuan ) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah SAW bersabda, "Setiap rumah yang tidak dikunjungi tetamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah itu."

Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,
"Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. Para malaikat itu berkata, "Syurga untuk kamu." ( Mizan al Hikmah )

Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering di datangi tetamu. Dengan itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin menjadi tetamu.

Wallahuaalam.






www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel

7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian yang menarik ini kak lynda. Tetamu memg pembawa rezeki... Sedangkan kita juga menjadi tetamu orang lain, kenapa kita tidak boleh terima orang lain sebagai tetamu kita kan?hehe..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rumah MIL kg selalu d kunjungi tamu.raya x raya..ada aje.tp klu yg lepak tu pun kira tamu yg mmbawa rezeki erk?sbb kg rajinnn aje buatkn air..siap goreng pisang goreng lg

    ReplyDelete
  4. memg betul.. tetamu ni pembawa rezeki..

    ReplyDelete
  5. Suka yaya baca :) tetamu beri rezeki yg begitu byk rupanya :)

    ReplyDelete
  6. sukanya tetamu datang rumah, syukur sangat .

    ReplyDelete
  7. yes tetamu dtg bwk rezeki.
    in shaa Allah sok mlm aida menjamu jiran tetangga kat umah :)
    open house utk jiran jiran...
    dpt berbual :)
    masih fikir kan menu apa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post