Bawa anak ke Petrosains KLCC Malaysia



Petrosains Kuala Lumpur Malaysia. Bukanlah tempat atau aktiviti untuk anak yang sudah bersekolah sahaja. Kami sekeluarga sempat singgah ke sini untuk membawa anak-anak ke sini. Walaupun anak-anak kami masih kecil lagi, kami tidak mahu hadkan perkembangan mereka, mengikut umur mereka. Mungkin, mereka tidak faham lagi fungsi-fungsi yang ada di dalam Petrosains ini. Tapi, mereka berpeluang untuk menerokai dan berfikir mengikut kemampuan diri mereka. 


Dhia Batrisya terokai sesi sidang video bersama ISS / video conference with ISS . Seronok dapat pegang microphone dan bercakap dengan kawanyang lain. Yang kekononnya di ISS. 





Macam-macam juga aktiviti yang Dhia teruja di Petrosains ini. Lagi-lagi yang melibatkan touch screen!





Mummy dan daddy juga sempat merakamkan gambar dengan pakaian untuk ke angkasawan! manalah tahu satu hari nanti dapat ke angkawasan ke,kan!! Tak dapat dalam realti dalam mimpi pun ok juga! hehe







Unit kawalan pengendalian pun best juga. Samada ada kita berjaya atau tidak kendalikan kapal tersebut. Daddy berjaya! yeay!! Manakala Dhia tak berjaya!. Tapi Dhia tetap cakap! "Yeay, Dhia MENANG".. Ok lah!! awak menang Dhia!







Dhia dan Dzal suka tengok Dinasor dalam tv, bila ke Petrosains nampak Dinasor besar macam ni terus Dhia takut. Nampak dalam tv macam comel je, Dinasor tu,ye!



Selain itu, ada juga tempat menguji graviti, gempa bumi. Dengan buat bongkah tinggi-tinggi, lepas tu kasi runtuh. Bab ni serahkan pada Dzal Aidi! Memang tak nak berhenti!




Bawa kereta F1 juga adalah salah satu tempat kegeamaran Dhia dan Dzal. Tak nak bangun, walaupun dah berpuluh-puluh kali round. Hrm...marah orang lain yang nak main.
A video posted by Azlinda Alin Malaysian Blogger (@azlinda.alin) on

Ada bermacam-macam lagi tempat menarik yang boleh ibu bapa dan anak terokai bersama di Petrosains ini.

Untuk info selanjutnya, boleh lawati www.petrosains.com.my 


5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Petrosains mmg best ..torbaik..

    ReplyDelete
  2. x pernah jejak lagi kesana,
    tgk cm seronok pulak.
    takut xcited kalahkn bdk2 jer nnti nie.
    hehehe.

    ReplyDelete
  3. seronoknya.. tak pernah lg pi petrosains.. ada anak ni seronok sikit nak bawak kan

    ReplyDelete
  4. seronok kalau bawak budak-budak..teruja lebih..hhehhee

    ReplyDelete
  5. aida da pernah gi skali.
    best!
    anak2 excited.
    just ijat aje tak faham pe :) ha ha...
    will repeat one day.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post