Dhia nak GITAR UKULELE pulak !!
Beberapa hari lepas, kami sekeluarga ke The Garden Mid Valley. Sedang berjalan-jalan ke restoran untuk makan malam. Si Dhia ternampak satu kedai yang jual gitar Ukulele. Memang cantik gitar tu, mummy pernah Nampak juga di jual di IOI City Putrajaya berhadapan dengan restoran makan.
Kali ini, Dhia nampak dan
meronta-ronta minta singgah. Kami cuba pujuk Dhia,”lepas makan nanti, kita singgah”.
Dhia pun menganggukkan kepala.
Sudah selesai makan, keluar
dari restoran. Dhia terus sebut,”Gitar”. Wah !! Masih ingat lagi tentang gitar
!! Selagi tak dapat singgah, selagi itu Dhia sebut gitar.
“Kita tengok-tengok
sahaja gitar tu,ye!”, mummy cuba menyampaikan maksud yang mummy bukan bawa Dhia
ke sana untuk membeli gitar. Dhia menganggukkan kepala.
Sampai di kedai gitar ukulele, mummy berikan Dhia pegang-pegang dan tengok-tengor gitar yang ada. Sehingga
Dhia puas hati.
“Dhia tak pandai lagi
main gitar,kan? Kita tak payah beli gitar dulu ye? Atau nanti bila mummy ada
duit lebih, kita beli gitar”. Dhia faham dan menunjukkan tanda setuju. Terus
kami zaaaaas bawa Dhia pergi dari kedai itu.
Dhia memang jenis macam
ni. Selagi tak dapat melihat dan pegang sesuatu yang Dhia nak. Selagi tu nak
tahu dan nak tengok juga. Bukannya jenisnya nampak apa sahaja dan nak beli
terus.
Bergantung juga cara kami
kawalnya. Kadang-kadang, kami pun hilang kawalan untuk mencari idea macamana
nak pujuk. Oh, bukan senang nak phyco budak-budak ni.
Alhamdulillah, bila kita
cakap elok-elok. Anak akan faham.
Dan, bila duduk
sorang-sorang tu….teringat anak nak itu nak ini. Ada rasa simpati dalam diri
mummy. Hari tisu kering kata orang ! Mencari jugalah gitar untuk anak-anak.
Tapi, idaklah ukulele
tu..mak pak pun tak pandai main gitar..Nak ukulele apa ke mendanya…
Gitar kedai RM2 sudah !!
Gitar gak ! hehehe
hahahah roomae chinese kc ada sorang ni ada ukulele. setiap malam gak dia main. best je dengar. ehehhee. btw okay la gitar RM2! daripada tak de kan ehehe
ReplyDeletebagusnyaa Dhia dah ada minat main alat muzik... kite ada terbaca artikel anak2 yg suka dengan alat muzik ni dia agak bijak laa..cepat tangkap dalam pembelajaran.. sebab tu kalau perasan org cina dia hantar anak dia pi kelas muzik.. kalau dipikirkan logik, bukannya dia nak anak dia jadi ahli muzik pon..
ReplyDeletecomey gitar tu kak lynda...
ReplyDeletereen tag kak lynda kat sini
http://www.mreena.com/2015/09/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com