Kenduri Aqiqah, Berendoi, Cukur Jambul Ariq Azshah
Selesai Majlis Berendoi Cukul Jambul dan Aqiqah Ariq Azshah. Bertemakan warna HIJAU ...sejuk mata memandang. Selalunya kalau majlis lelaki ini sinonim dengan biru je kan !
Malam sebelum majlis berendoi, cukur jambul dan aqiqah esok hari nya. Kami anak beranak posing dulu di pelamin Ariq. Sedondon pakai tshirt The Simpson Mak dan anak-anak.
Bagus Ariq ni tau! duduk diam aje dalam buaian tu. Sedap dengan alunan memuji Allah s.w.t. Syok menghayati lah tu! kumpulan berzanji, marhaban ini memang terbaik. Lagu puji-pujian juga sedap di dengari oleh halwa telinga !
Ni pulak Aunty Ani dan Aunty Ri, mak sedara mummy (sepupu Tok Mak). Lama tak berjumpa. Yang selalunya berjumpa di alam maya sahaja ;)
Antara paling anak-anak suka ke sini..ialah sebab ada aiskrim. Tak ada limit !! Dhia pandai keluar masuk...keluar masuk ambil aiskrim berkali-kali ! dasat..tak dasat lah anak daraku ini ! Sakan makan aiskrim !
Di doakan agar Ariq jadi anak soleh dunia dan akhirat! Mummy je tak buat lagi aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Insyaallah, akan di segerakan !
cantiknya pelamin dia..macam pelamin bertunang plak dah...hui zaman sekarang majlis akikah besar2 kan
ReplyDeleteamboi pelamin, kalah pelamin pengantin.. heheheee
ReplyDeletecantik!
hijau warna panglima tau!
ReplyDeleteyes. cantik pelamin nyer.
ReplyDeletehijau...
nyaman mata memandang :)
untung budak-budak sekarang..
ReplyDeletepelamin cantik-cantik design.. hehehehe.. :)
hijau tu cantik la WITH LOVE KAK GOJES
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com