Mummy sekeluarga sebagai Rakyat Malaysia sudah menyahut cabaran untuk mencipta beribu-ribu rekaan dalam usaha “Membentuk
Kepelbagaian Komuniti” untuk The Malaysia Book of Records
Sabtu lepas, 26 September 2015. Pagi-pagi lagi kami sudah terpacak, sebelum shopping mall buka dalam lebih kurang jam 8.30 pagi. Mummy anak beranak serta keluarga menyambut Sambutan Bulan PLAY-DOH® yang diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama untuk mencipta rekaan sebanyak yang mungkin melalui PLAY-DOH® berilhamkan Malaysia bersama-sama anak-anak.
Apa yang istimewanya pada hari itu? Hari tersebut adalah usaha untuk mencapai dalam mencipta rekaan paling banyak dalam masa satu hari (26 September 2015 - Sabtu) ke rekod The Malaysia Book of Records. Setiap ukiran yang di buat, akan dipamerkan di pentas PLAY-DOH® Ground Floor Highstreet 1 Utama. Mummy pun tak lepaskan peluang yang ada untuk bawa anak-anak ke sini. Walaupun daddy kene kerja, gagah mummy pujuk Tok Mak dan Tok Abah untuk membawa kami sekeluarga.
“Telah lebih lima dekad PLAY-DOH® menjadi alat pembelajaran dan
kreativiti, dan ini adalah satu warisan berharga untuk diraikan bersama rakyat
Malaysia! Sambutannya amat menggalakkan dan kami sungguh bangga apabila orang
ramai dari seluruh lapisan masyarakat dan usia tampil untuk menyertai aktiviti
kami dalam usaha untuk “membentuk kepelbagaian komuniti” sebagai penghargaan
kepada keunikan budaya dan warisan Malaysia,” kata Cik Regina Toh, Pengurus
Pemasaran, Malaysia & Singapura.
Selepas pendaftaran di
kaunter. Kami terus di bawa oleh pihak penganjur PLAY-DOH® ke Sweet Shoppe
iaitu tempat untuk anak-anak mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake
Celebration Playset.
Memang anak-anak seronok di Sweet Shoppe PLAY-DOH®, mereka belajar membuat nombor dari PLAY-DOH®. Serta cupcakes yang berwarna-warni dengan menekan, memotong, menguli dan membentukkan PLAY-DOH®.
Yeay !! Siap PLAY-DOH® kami...kretif tak,kami? Masing bergambar dengan cupcakes dari PLAY-DOH® di booth Sweet Shoppe.
Tadi di Sweet Shoppe, anak-anak belajar mengenal nombor. Di sini pula, anak-anak belajar mengenal huruf. Selepas itu, terus buat ais-krim ! Nyummy !!
Pada mulanya...Dzal Aidi teruja nak
melihat Maskot PLAY-DOH® secara
dekat, tapi bila Maskot PLAY-DOH® , Doh
Doh datang dekat-dekat. Terus peluk mummy kuat-kuat. Takut, rupanya !! hehehe.
Anak-anak buah juga seronok dapat bergambar
dengan maskot PLAY-DOH® , Doh Doh.
Antara jadual program ini yang berlangsung dari 21-27 September 2015 bertempat di Highstreet One Utama.
Apa yang mummy suka dengan Kompaun
PLAY-DOH® ? :-
*Sangat flexible
dan sangat user-friendly.
*Boleh di olah pelbagai
cara, pilihan warna dan peralatan untuk membentuk apa sahaja bentuk.
*Tidak mengandungi bahan BERTOKSIK.
*Bahan utamanya berasaskan
gandum.
Sahut Cabaran Mencipta dan Mereka Bentuk PLAY-DOH®
Program seterusnya, kami
menyiapkan arca ukiran dengan PLAY-DOH® . Target untuk hari ini
sebanyak 1,500 ukiran arca. Tapi, kami berjaya menyiapkan 6 ukiran arca sahaja. Ok lah tu,kan
!! Antara arca yang di cadangkan pada hari itu bertemakan makanan, buahan
popular, mercu tanda terkenal, pakaian dan budaya Malaysia.
Matlamat pada hari tersebut ialah untuk membina ukiran arca PLAY-DOH® sebanyak 1,500 arca ukiran. Agak-agak berapakah arca ukiran yang berjaya di ukir pada hari tersebut,ye?
.
Jeng
.
Jeng
.
Jeng
(Kanan) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia & Singapore dan Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official. Di saksikan bersama Doh Doh, Maskot Play-Doh!
Sebanyak 1,899 ukiran arca PLAY-DOH® yang telah berjaya di ukir pada hari tersebut. Tahniah Hasbro Toy Malaysia & Singapore kerana berjaya mencipta sejarah The Malaysia Book of Records !
Di samping itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®! Kategorinya ialah :-
1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun).
2) Ukiran PLAY-DOH®
terbaik (13 tahun ke atas).
Ukiran terbaik PLAY-DOH® pada hari tersebut di menangi oleh Aina Qistina (7 tahun) arca ukiran sebakul yang berisi buah-buahan tempatan dan Alvin Teoh(36 tahun) arca ukiran Doh Doh. Tahniah di ucapkan !
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com