RESIPI IKAN JELAWAT | IKAN SULTAN

RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

Pertama kali mummy nak makan dan masak Ikan Jelawat. Agak sukar juga nak cuci, siang Ikan Jelawat ini sebab sisiknya banyak dan boleh tahan keras juga sisiknya. Mengikut kata suami Ikan Jelawat ini sedap, isinya padat dan boleh di kategorikan sebagai ikan berharga mahal. Selain itu, Ikan Jelawat ini di kenali juga sebagai Ikan Sultan atau nama sainsnya Lepktobarbus hoevenii.


Gambar ini, setelah Ikan Jelawat siap di siang, buang sisik dan di cuci garam berserta air asam. Kene cuci bersih-bersih sebab ikan air tawar ni, kalau cuci tak bersih nanti rasa hanyir pulak.


Oleh kerana pertama kali nak masak Ikan Jelawat. Nak masak resipi apa pun tak tahu sebenarnya. Google blog Eny www.enyabdullah.com ada resipi Ikan Jelawat masak Tom Yam. Tapi, suami kurang suka dengan Tom Yam. Mummy telahpun cuba je main masak-masak resipi ikut suka. Antara resipi Ikan Jelawat versi #dapurmummyDhiaDzal:-



RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

IKAN JELAWAT MASAK STIM HALIA SERAI BERLIMAU

Bahan-bahan (potong)
Bawang Besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Serai 2 batang
Halia sebesar ibu jari
Carrot sebatang
Kacang panjang
Limau Nipis - 2 biji (masukkan jus last sekali) 



RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

Cara masaknya senang sahaja. Masukkan air, asam keping dan semua bahan tadi. Stimkan sahaja. Akhir sekali, masukkan garam sedikit. Siap sudah Ikan Jelawat Masak Stim Halia Berlimau. Mudah je resipi ni,kan !

RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

IKAN JELAWAT MASAK SAMBAL SANTAN BERSERAI



Potong, kisar dan tumis - Sambal
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 2 ulas
Serai - 1 batang
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar ibu jari
Segenggam cili kering (rebus dahulu)

Untuk di tabur
Serai 1 batang - tumbuk atau racik
1 biji bawang besar

Cara masak pun mudah je. Gorengkan Ikan Jelawat di kuali sehingga garing, mummy letak kunyit dan garam sedikit. Di kuali yang berlainan, tumis bahan kisar dalam minyak yang panas sehingga kering sedikit. Letakkan air asam jawa ( 2 sudu asam jawa) dalam sambal, setelah kering sedikit baru letakkan garam dan santan dalam 250ml.

Sambal siap !! Tuangkan sambal atas Ikan Jelawat goreng yang sudah siap masak dalam pinggan tu. Senang sahaja,kan !....

Memang tak perlu diragui rasa Ikan Jelawat ini. Memang sangat sedap!! Isinya manis!! Lemak-lemak gituuuu. Cuma Ikan Jelawat ini, banyak tulang ala-ala Ikan Terubuk. Bila dah masak, tak ada rasa hanyir mungkin sebab dah cuci dengan air asam dan garam sebelum simpan dalam peti sejuk (lepas beli terus siang dan cuci). Semasa masak pun ada guna asam keping dan bahan lain-lain, memang tak hanyir !!

RESIPI IKAN JELAWAT a.k.a IKAN SULTAN

Tentang Ikan Jelawat.
Mungkin ada yang tak kenal Ikan Jelawat ini (macam saya sebelum ini). Sedikit cerita tentang Ikan Jelawat. Dahulu kala, Ikan ini adalah santapan di raja. Setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan, Ikan Jelawat ini telah menjadi hidangan orang ramai. Ikan ini, ialah ikan air tawar boleh dapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand.









10 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Banyak tulang kak..tp sedap hehehe

    ReplyDelete
  2. Bakar sedap ke eh....suka ikan sungai..tpu jrg mkn sbb suami xmkn ikan sg..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, klu banyak tulang takut nak makan..")

    Salam aidiladha mummy lin..")

    ReplyDelete
  4. Siap pakai prodk coway..

    ReplyDelete
  5. Brape hrge ikan ni??ikan jelawat ni ade 2 jenis kn??

    ReplyDelete
  6. Brape hrge ikan ni??ikan jelawat ni ade 2 jenis kn??

    ReplyDelete
  7. Di kelantan RM22 sekilo dipasar
    paling sedap masak stim taucu ..holiau

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post