Tempat Riadah Sekeluarga , Memancing dan Berkelah di Taman Wetland Putrajaya
Taman Wetland Putrajaya | Tempat riadah atau boleh juga di
kategorikan sebagai tempat berkelah sambil memancing. Baru-baru ini, kami ke sini untuk menemani
daddy, dan pakcik-pakcik (adik beradik daddy a.k.a. en suami) memancing ikan.
Tasik yang luas bukan sahaja aktiviti ini sahaja, nak sewa bot pusing keliling
tasik pun boleh. Macam best,kan? Tapi, kami tidak berkesempatan lagi untuk
pusing bot satu tasik ini. Mummy jenis tak pandai berenang dan sebenarnya ada
perasaan takut pun ! hahaha !!
Daddy memang suka memancing.
Kalau dulu-dulu sebelum ada anak dan ada anak sorang. Mummy rajin ikut daddy gi
mancing kolam. Bila dah anak dua ni, rasa macam serabut ramai-ramai kat kolam mincing.
Ada baiknya duduk rumah sambal baring-baring. Nak kata tak suka suami memancing
ni, tak boleh !! Sebab? Sebab mummy pertama kali bertentang mata dengan daddy
pun kat kolam mancing. Ok, cukuplah intro perkenalan kami di sini ye !! hehehe
Kalau ada pemancing-pemancing di luar sana nak rasa relaks ketika memancing , sambil berkelah dan sambil beridah dengan keluarga. Memang saya cadangkan ke Taman Wetland Putrajaya.
Tengok tu...gelagat Dhia Batrisya!! Dhia pun turut suka ikut daddy memancing, dapat berjumpa dengan sepupu-sepupunya !!
Bermain dengan bebas, berlari ke sana sini. Seronok !!
Kerja mummy seperti biasa jaga anak-anak apabila daddy
sedang memancing. Sambil-sambil itu seperti biasa, kerja mummy rakam detik-detik
manis outing…mesti hado !!
Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry di berikan pengalaman untuk
menggulungkan tali pancing. Suka dorang !
Cer bagi ikan hidup pulak untuk pegang..hahaha geli,kan
!! Mummy pun, geli tak berani nak pegang
ikan hidup gak !!
Sampai rumah, daddy siang dan goreng ikan rangup-rangup
(macam keropok). Sedap daddy goreng ikan. Yummy!! Mummy pulak, masak nasi dan ayam masak lemak cili
api.
seronoknya santai bersama family..")
ReplyDeletebestnya kak! ena teringin nak memancing sebab tak pernah memancing lagi.. boleh try kat sini nanti
ReplyDeletenak bawak irine pegi x boleh lg.. wuuu..dia agak kurang bahasa + tak tahu maksud bahaya..ritu buka puasa tepi tasik, dia nak masuk dalam tu..waa!! ingat pool ke..tersedak rasa nak buka puasa
ReplyDeleteSeronok dapat bersantai bersama keluarga di hujung minggu
ReplyDeletetettt..dah tahu linda jumpa suami macam mana...heheeheee..
ReplyDeleteseronoknyaa nampak..
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA
seronok anak-anak
ReplyDeletemcm pernah tengok dlm tv...drama shoot sini... beautiful! Nyaman
ReplyDeleteyg dok putrajaya ni pun xpergi2 lg. muahahaaaa
ReplyDeletekena bayar tak kalau memancing kat sini
ReplyDeleteKena bayar tak kalau memancing kat sini yer
ReplyDelete1 Joran rm20
ReplyDeletemalam boleh mancing?
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com