Tanda Samsung Galaxy Note3 Neo Rosak

Cas telefon dan mesej 'THE DOCK IS CONNECTED' keluar. Ini adalah tanda Samsung Galaxy Note3 Neo Rosak


Ahad minggu sebelum ini, di kejutkan dengan mesej 'THE DOCK IS CONNECTED' bila charger di pasang ke telefon Samsung Galaxy Note3 Neo . Cuba berkali-kali cas, tetap juga tak masuk. Hati mula panas, bateri pada masa tu dah tinggal kurang 15%. Paginya sebelum itu, cas ok sahaja. Tak ada pulak masalah macam ini. 

Zaaas..Malam tu juga, terus ke kedai telefon untuk test charger. Mana tahu ada charger yang boleh masuk cas, bolehlah kita beli terus. 


Sampai sahaja di kedai, semua charger telah di keluarkan satu persatu-satu. Dari gred A, AA, AAA sehingga ke charger original. Malangnya, satu pun tidak berjaya masuk untuk di cas. Hati dah mula runsing. Mood pun dah mula ke laut juga. Sementara waktu pakai tab anak dulu, dah biasa pakai handphone bila pakai tab, rasa macam lembab sedikit ! Nak kene install segala mak nenek lagi, satu hal.

Esoknya terus call Samsung Careline, sementara warranty Samsung Galaxy Note3 Neo ini masih ada. Mereka bagitahu ada beberapa Servis Centre Samsung di Selangor dan KL. Antara tempat Samsung Service Centre di area kami ialah:-

*Sunway Pyramid
*Garden Mid Valley
*Pandan Kapital
*Plaza Low Yat
*Endah Parade
*Selayang


Dan, mummy akhirnya memeilih ke Garden Mid Valley kerana buka dari 10 pagi hingga 10 malam. Tempatnya yang tidak begitu sibuk sangat berbanding tempat yang lain. Lagipun, sambil-sambil tu boleh tuju tempat atau kedai yang lama tidak di tuju.

Nak ikutkan repairnya tak lama, tapi hari yang kami datang itu, jatuh pada Hari Malaysia. Semua technician cuti. Kata mereka esok baru mereka boleh repair. Mummy setuju dah terus tinggalkan telefon Samsung Galaxy Note3 Neo di Samsung Service Centre Garden Mid Valley.

Dua hari selepas itu, Samsung Service Centre Garden Mid Valley SMS, mengatakan telefon Samsung Galaxy Note3 Neo boleh di ambil. Ya Allah lega rasanya. Dan..dan waktu tu bagitahu suami. Ajak gi amek malam tu juga ! Seronok tak terkata bila dapat balik Samsung Galaxy Note3 Neo.

Kos membaik pulih PERCUMA lak tu, bertambah berbunga-bungalah hati ini. 

Terima kasih tak terhingga kepada Samsung Galaxy Tab 7.7 dan Samsung Galaxy Neo (handphone adik + anak buah) kerana berkhidmat sementara dengan mummy. Nasib baik ada yang sudi membantu. Kalau idak, kene beli sebijik lagi lah handphone Samsung. Eh..eh..eh dah kenapa Samsung? Sebab dah biasa dengan Samsung ;)




RM0.00 The repair to your Samsung SM-xxxxxxxxxxx Ref No: xxxxxxxxxx is now completed and it is ready for collection from ONE MOBILE CARE MID VALLEY. . . Welcome back Samsung Note3 Neo ! Rindu gile dgn handphone ni..mana leh tak rindu. Hadiah dari en somi. Paling berharga tau ! Sedih bila tetiba rosak ! Nak beli sendiri.... Memang terus terang...TAK MAMPU !!. Nasib baiklah under warranty. Save mummy ! ok..sekarang dia dah sihat. Masa untuk install segala mak nenek ;) . . No telefon pastinya banyak hilang..Jgn terkejut kalau saya PM minta handphone no. . . Oh Ya !! Repair kat service centre Samsung di Garden Mid Valley . Khamis mereka buat..Jumaat dah siap ! Di sebabkan ada warranty. FREE je cost nya ;) #samsungserviscentre #samsung #samsungmidvalley #samsungmalaysia #note3neo #mommyblogger #lifestyleblogger #gadgetblogger #picoftheday #ootd #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedgroup
A photo posted by Azlinda Alin Malaysian Blogger (@azlinda.alin) on

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post