TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM MEKAH 4 JEMAAH HAJI MALAYSIA YANG DI KENAL PASTI
Manakala, 4 darinya dari jemaah haji Malaysia yang terkorban. Mereka
yang di kenal pasti :-
Allahyarhamah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.
Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan.
Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan.
Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.
Innalillah dan Al-fatihah.
Salam Takziah untuk keluarga mangsa.
(Sumber : Berita Awani)
KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MEKAH.
Tetamu Allah yang meninggal dunia di tanah suci pastinya jenazahnya di
abadikan di sana (Mekah atau Madinah). Kebiasaannya rakyat Malaysia yang
meninggal dunia di Mekah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah
atau ibadah haji.
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka
lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di
sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di
Madinah, meninggallah di sana. Sesungguhnya
sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah
kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama
telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang
dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS
untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik. Apatah
lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi
syafaat.
Kenyataan Ustaz Nasir di https://www.facebook.com/ustaznasir
Wallahualam
semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman :)
ReplyDeleteassalamualaikum,....agak terkejut juga bila dapat tahu berita tentang ni,,mmm,,semoga mereka ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman..in shaa Allah...jemput follow & komen di ruangan entry yaya cendana ye.... www.yayacendana.com
ReplyDeleteterima kasih...
Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman
ReplyDeletealfatihah
ReplyDeleteKULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com