Al-fatihah untuk arwah mak
Salam Jumaat semua ! Mesti seronok dan tak sabar tunggu hari hujung minggu,kan? Mummy pun tak sabar !! Masa untuk golek-golek dengan anak atas katil, depan tv, main sama-sama dengan anak, dan macam-macam aktiviti dengan anak dan keluarga ! Syok tak terkata !
Ha...mummy mula dah berangan sana sini ! Kerja hakiki di ofis banyak yang belum diselesaikan. Dah macam-macam angan-angan keluar ! Ok !! Sambung berangan lunch nanti :)
Sebenarnya..Pada asalnya tujuan entri hari ini ialah untuk mengingati tarikh Hari lahir arwah mak mertua yang di kasihi, Nurimah Mohd Ali. Mummy tak sempat berjumpa arwah mak. Selalu dengar cerita dari suami dan keluarga ipar duai. Arwah mak seorang yang baik, penyabar dan pandai masak. Bila cerita bab memasak, mummy sedaya upaya mengikuti cara arwah mak (suami ajar).
Sedangkan kita yang ada mak ini pun, selalu rindu nak makan masakan mak. Ni kan pula suami. Insyaallah, mummy cuba ikut cara masakan mereka. Moga hilang rasa rindu suami nanti.
Al-fatihah untuk arwah mak, Nurimah binti Mohd Ali. Moga arwah mak tenang di sana.........
Al Fatihah...semoga mak tenang di sana..amin...
ReplyDeleteAl-fatihah moga arwah ditempatkan ke dlm jannatul firdaus . Amin.
ReplyDeleteJom Terjah : Trend Popular Berfesyen Dan Bergaya Jejaka Masa Kini! :)
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com