Masakan Kampung di Ummiza Cafe Jenderam Selangor

Ummiza Cafe, Jenderam Selangor | Tempat Makan Menarik, Masakan Kampung  Pelbagai Pilihan.

Ummiza Cafe, Jenderam Dengkil, Selangor | Tempat Makan Menarik, Masakan Kampung  Pelbagai Pilihan.


Kalau dah orang Melayu kemana-mana mesti nak juga makan masakan Melayu. Lagi-lagi kalau dapat pekena masakan kampung !! Memang perghh... Typical tekak orang Melayu !!


Baru-baru ini, kami ke Ummiza Cafe yang memang terkenal dengan menu masakan kampung orang Melayu kita. Tak jauh dari kediaman kami (Kajang), kira-kira dalam 25 minit ke Restoran Ummiza Cafe yang terletak di Jenderam (Bangi Lama), Selangor.



Ummiza Cafe, Jenderam Selangor | Tempat Makan Menarik, Masakan Kampung  Pelbagai Pilihan.





Antara menu pilihan keluarga mummy ialah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Sambal Udang Petai, Keli Masak Sambal Hijau kesukaan suami dan Ikan Goreng kesukaan anak-anak. Rasa pedas kuah lemak. Pedas Sambal Udang memang terbaik !! Selain itu, antara menu lain yang kami makan untuk makan tengah hari ialah:-

Ummiza Cafe, Jenderam Selangor | Tempat Makan Menarik, Masakan Kampung  Pelbagai Pilihan.
Ikan keli berlada, Asam Pedas Ikan, Udang sambal, Ayam Kicap Berlada.



Ikan Goreng, Ayam Goreng, Sambal Ikan Bilis Petai, Ulam-ulaman, Petai, Telur Masin dan Sambal Belacan.


Gulai Pucuk Ubi, Sup Cendawan, Sayur Kobis Goreng dan Gulai Lemak Rebung



Ummiza Cafe, Jenderam Selangor | Tempat Makan Menarik, Masakan Kampung  Pelbagai Pilihan.

Menu makan tengah hari kami di sajikan bersama air minuman sirap limau dan sirap lemon. Kuih-muih dan pencuci mulut juga di sediakan di Restoran Ummiza CafeSedap makanan di sini, sesuai di bawa seisi keluarga ke sini. Nak masakan pedas, kurang pedas dan tidak pedas juga ada.

Ummiza Cafe, Jenderam Selangor | Tempat Makan Menarik, Masakan Kampung  Pelbagai Pilihan.

Sambil makan di sini, kami di hiburkan dengan pelbagai dendangan lagu. Bukan itu sahaja !! Nak menyumbangkan suara untuk berkaraoke pun boleh !! Santai !!

Kemudahan lain yang terdapat di Ummiza Cafe ini ialah tandas, surau, tempat membasuh tangan, tempat parking yang luas.






Selesai sahaja makan, kami #kelabbloggerbenashaari bergambar bersama-sama wakil dari Ummiza Cafe. Terima kasih Ummiza Cafe kerana hidangkan kami makanan yang membuatkan kami teringat akan kampung halaman. Menu makanan kampung yang sangat istimewa sesedap air tangan mak !!

Barisan orang kuat Ummiza Cafe


Restoran Ummiza Cafe ini menyediakan hidangan sarapan pagi dan tengah hari bermula dari jam 7 pagi hingga 3 petang setiap hari (keculai Ahad). Juga mengambil tempahan (untuk 300 orang ke bawah) seperti majlis makan keluarga, pejabat, hari jadi, tahlil, doa selamat ataupun sambutan ulangtahun.

 Ummiza Cafe 
No. 229, Batu 29, Kampung Jenderam Hulu, Dengkil Selangor 

Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan Nor - 0196682069
Ain - 01110602569

6 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Perghhhhhh sedapnyaa tengok semua lauk tu.. Lama tak makan siput sedut masak lemak.. Lapar dahhh

    ReplyDelete
  2. teringat2 siput sedut masak lemak tuuuu ...

    ReplyDelete
  3. syoknya dapat makan selera kampung ni.

    ReplyDelete
  4. suka sangat ngan sambal udang petai tu
    petai masih rangup..
    udang pun lembut

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post