Ubat beralkohol Royce Pharmacy dari KKM


Bila viral tentang Ubat Paracetamol keluaran Royce Pharma Mfg. Sdn. Bhd. di katakan mempunyai alkohol. Terus mummy bergegas ke peti sejuk dan menyemak ubat-ubatan yang ada di dalam peti ais. Lebih-lebih lagi ubat-ubatan anak. Harus kene semak segera !!

Kami sekeluarga selalunya, memilih ke Klinik Kerajaan kerana tidak jauh dari rumah dan buka sehingga 9 malam pulak tu ! Selain itu,, mummy yakin dengan ubat-ubatan kerajaan yang sentiasa mengawal ubat-ubatannya mengikut dos standard.


Apa yang mummy jumpa dalam peti ais adalah ubat batuk dari Royce Pharma Mfg. Sdn. Bhd. kepunyaan suami. Alhamdulillah ubat-ubatan lain dari Royce Pharma Mfg. Sdn. Bhd. tidak ada. Walaupun bukan paracetamol yang beralkohol itu mummy jumpai. Mummy tetap buang terus !!



Menurut akhbar Berita Harian Online semalam:
Syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mengenai wujudnya alkohol dalam ubat itu, maka pihak kementerian telah menerima tawaran syarikat itu untuk membekalkan produk itu. "Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati produk paracetamol itu mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan," katanya. Bagaimanapun, Eisah berkata produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. "Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan," katanya. Beliau juga menyarankan pengguna supaya sentiasa menyemak maklumat label dan sisip bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan. "Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian telefon 1800886772 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88927?m=1

Walaupun banyak atau sedikit alkohol yang terdapat dalam paracetamol itu. Mungkin efeknya bahaya terhadap anak kecil kita. Sebab itu jugalah, mummy selalu berikan anak-anak natural remedies terlebih dahulu dan juga berikan vitamin bukan sintetik untuk anak-anak mummy.

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Ohhh Nani baru tahu pasal ni. Nak cek jugak lah ubat dalam peti

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post