Tayar Kereta Pancit

Semalam dari Kajang ke Putrajaya (atas urusan kerja), Putrajaya ke Kajang. Langsung tak perasan dan tak pernah nak lihat keadaan tayar. Apa yang mummy tahu, buka kunci kereta, on kereta dan jalan.

Balik pejabat jam 5.30 petang mummy terus nk ke ATM dan CDM yang berdekatan dengan pejabat. Sedang dalam perjalanan, ada satu kereta ini duduk kejar mummy dari belakang dengan lajunya. Dan hon ! 

Mula-mula mummy cuak ! Siapa pulak yang kejar aku, ni?

Rupanya nak bagitahu tayar mummy pancit ! Ya Allah !! Bila pulak pancitnya ! Dalam keadaan menggelabah, teruskan perjalanan hingga ke TESCO Kajang. Berhentikan kereta di car wash TESCO. 

Tayar Kereta Azlinda Alin Pancit

Sampai di car wash, minta tolong pekerja dari Bangladesh tu tukarkan tayar. Di saat-saat macam ni, mummy agak takut. Nak minta tolong siapa pun tak tahu. Kalau ada yang suka rela nak tolong pun mummy takut. Takut kene rompak je ! (negatif je fikiran mummy). Daddy pula tidur di site, tak balik sehingga Khamis. Dapat whatsapp daddy je. Daddy mintak mummy ke stesen minyak dan pam tayar sebelum ke kedai tayar. Malas nak buat kerja banyak, mummy terus tukarkan je tayar spare.

Nanti bila ada masa, baru mummy ke bengkel. Kalau boleh, biar orang lelaki ke bengkel. Hati perempuan mudah cair. Kene ayat tukar itu ini..mau koyak !

Apapun alhamdulillah, mummy selamat pulang ke rumah, jumpa anak-anak dan ambil anak ! Terima kasih pada pekerja car wash di Tesco Kajang. Walaupun kita berlainan bangsa dan budaya. Sifat murni anda, amat mummy hargai !!

5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. nasib baik ada org tlg..nadia plg seram klu benda ni jadi time husband jauh hukhuk

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...nasib baik Linda terus buat keputusan yang bijak....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, linda.
    semua selamat.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Nak cari tayar? Cuba website mytayar.com
    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post