Selamat pagi semua!
Pepagi ini, mummy terpanggil untuk menulis tentang kebaikan manjakani. Rasanya, lama tak
bercerita tentang kesihatan ! Bila nak cerita tentang manjakani ini,
teringat semasa sedang dalam tempoh berpantang. Mak rajin buatkan air rebusan manjakani.
Pahit juga! Demi nak menjaga dalaman kesihatan. Sanggup telan air rebusan
manjakani tu. Mak selalu pesan, kita orang perempuan kene jaga bab dalaman. Kalau dah sakit anu tu..kalau dah busuk anu tu. Laki sendiri pun tak ingin nanti ! Jadi, mummy berniat nak jaga dalaman sendiri untuk suami. Tak nak anu kita berbau, berlendir, keputihan memanjang. Betul,tak?
Kapsul dan Pencuci Intim Wanita Manjakani dari mama_tasneem | Memperbaiki Merapatkan dan Membersihkan Dalaman Wanita
Pada masa tempoh berpantang tahun lalu, mummy tak
tahu tentang KAPSUL MANJAKANI. Rupanya ada jenis kapsul. Kalau tahu dari awal dulu, tentu kapsul manjakani menjadi pilihan mummy ! Senang telan, tak
perlu nak minum air manjakani yang pahit tu !
Sekarang ini, bila mummy dah tahu ada KAPSUL MANJAKANI. Mummy memilih KAPSUL MANJAKANI dari mama_tasneem batubaiduri.blogspot.com.my
. KAPSUL MANJAKANI mama_tasneem ini tulen 100% tanpa ada campuran herba lain. Tak panas, sesuai untuk mummy
yang sedang menyusukan anak. KAPSUL MANJAKANI mama_tasneem ini pun hebat ! Boleh meriahkan lagi
susu badan dan juga banyak kegunaan kapsul manjakani selain dari makan dan
telan.
ANTARA KHASIAT KAPSUL MANJAKANI mama_tasneem
1.
AWET MUDA
Antioksida melambatkan
proses penuaan sel.
2.
PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi
kencing manis dan lelah.
3.
PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani
mampu mencegah barah buah dada dan rahim.
4.
PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan
bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau
kurang enak pada faraj.
5.
MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti
dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada
mata.
6.
RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani
mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum
minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.
7.
KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat
mengaawal kulit kering dan berminyak.
8.
PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani
mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan
zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.
9.
MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani
amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan
bahagian yang longgar, lemah atau kendur.
10.
MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya
menyerap lendir dan lelehan faraj.
11.
MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan
berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas
bersalin.
12.
MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam
manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
13.
MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam
manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
14.
MULUT
Astrigen dalam
manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.
15.
PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman
manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
ATURCARA
KEGUNAAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN
Ia amat sesuai untuk
melambatkan kedutan muka (awet muda). Disamping itu juga, ia berupaya
menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka dengan kadar yang amat cepat
sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka sebelumnya.
Jika untuk
menegangkan/memejalkan payudara atau hilangkan hitam-hitam celah kelangkang,
ketiak atau pelipat, lakukan kaedah yang sama dan biarlah ia benar-benar
kering. Selepas itu terus mandi. Semasa mandi, sisa-sisa serbuk manjakani yang
masih melekat di badan itu gunakanlah sebagai scrub(gosok) untuk hilangkan daki-daki
/ bekas-bekas hitam celah kelangkang atau di mana sahaja. Selepas itu mandilah
seperti biasa dan bilas sebersih-bersihnya.
CARA
DAN ATURAN GUNA SEBAGAI LULUR/MASKER
Ambil serbuk buah
manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda
sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk.
Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda.
Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika
masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan
sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
Ia boleh juga
digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas
bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan
sedikit air) di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci
perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.
SEBAGAI
EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT
Bagi mendapatkan
hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam
keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak, faraj tidak banjir dan
paling penting, maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah.
Ambil serbuk manjakani
dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4
kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai.
Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar
sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.
SEBAGAI
PENCUCI BAHAGIAN SULIT
Ambil satu sudu kecil
serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau
atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian
sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk
kegunaan pada waktu-waktu yang lain.
*TIPS
Air janganlah disimpan
di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar
menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu
banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai
digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan
antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan.
Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj.
TESTIMONI 1 : Kapsul Manjakani Melawaskan
TESTIMONI 3 : Kapsul Manjakani Memperbaiki Masalah Period
HARGA KAPSUL MANJAKANI (50 biji ) - RM30
Selain itu, mummy juga menjaga bahagian intim mummy. Caranya dengan menggunakan pembersih WAJIB iaitu PEMBERSIH INTIM WANITA berasaskan MANJAKANI ! Sebab dah tahu kebaikan MANJAKANI,kan. Semua nak MANJAKANI !
MANJAKANI HYGIENE WASH / PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI dari mama_tasneem
MANJAKANI HYGIENE
WASH dari mama_tasneem ini mengandungi ekstrak manjakani, serapat, daun sireh dan gel. Tanpa
menggunakan sabun ataupun bahan kimia. Amat sesuai digunakan oleh semua
peringkat umur wanita untuk:
♡
membersihkan, menyegarkan dan menyakinkan setiap hari
♡
menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
♡ merawat
keputihan
♡
mengetat dan merapatkan dinding faraj
Nilai pH 3.8 sesuai
dgn pH semulajadi bahagian intim boleh digunakan setiap hari
Kelebihan ramuan yang
digunakan dalam PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI.
Manjakani→
kandungan tannin yang tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas
melahirkan anak. Sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah bakteria,
kulat dan yis (punca utama gatal-gatal dan bau kurang menyenangkan pada
bahagian intim wanita).
Daun sireh→
terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan
keanjalan dan mengurangkan cairan berlebihan yg boleh menyebabkan
ketidakselesaan dan rasa tidak menyenangkan sesetengah wanita.
Serapat→
berupaya membaiki dan menegangkan tisu faraj.
Mummy dah pakai ! Memang selesa, rasa bersih dan segar sepanjang hari. Mummy gunakan 2 kali sehari. Baunya juga, amat sedap dan SEGAR ! Mummy suka sangat !
Harga : RM25 sebotol - 80ml
Ada yang nak dapatkan PRODUK MANJAKANI mama_tasneem? Boleh hubungi :
Facebook: https://www.facebook.com/Kapsul-ManjakaniFeminine-Hygiene-Wash-Manjakani-413940715461274/?fref=ts/
Blog:
batubaiduri.blogspot.com
Sms/whatsapp: 019 513
8283 (Puan Ina)
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com