
Alhamdulillah selesai menonton konsert Hi-5 HOUSE OF DREAMS di Istana Budaya Kuala Lumpur. Pertama kali kami sekeluarga ke Istana Budaya dan pertama kali juga pengalaman menyaksikan Konsert Hi-5 secara langsung di depan mata ! Bukan di television, macam hari-hari !

Anak-anak sangat terhibur ! Memang cerita kesukaan mereka ! Memang setiap hari mummy kene tengok Hi-5 sama-sama dengan bebudak ini kat rumah. Di sebabkan itu, mummy terus cetakkan t-shirt Hi-5 untuk anak-anak dan sepupu-sepupunya ! Masing-masing seronok !

Dah macam team hari sukan, warna-warni t-shirt dorang,kan !

Sebelum konsert bermula, mummy sempat berjumpa dengan wakil dari pihak penaja iaitu Enrich Maalysia Airlines.

Suasana dalam Istana Budaya sebelum konsert bermula. Anak-anak dah mula excited !


Konsert yang berlangsung selama 1 jam 30minit. Banyak lagu-lagu lama di nyanyikan secara live !
Antara video yang sempat mummy rakamkan..memang best dapat tengok live ! Alhamdulillah pada hari konsert ini, boleh amek gambar dan video. Bukan curi-curi ambil ya ! Mummy tanya dulu dengan pihak Istana Budaya. Bila mereka bagi green light tu, apa lagi ! Ambil terus video ! Mungkin mereka tahu ramai yang datang hari pertama ini rata-ratanya dari media, pihak Malaysia Airlines dan pelbagai latar belakang lagi. Terima kasih Istana Budaya !

Saat paling sedih dan touching ! Stevie dah tak ada dalam Hi-5 lagi ! Stevie antara paling lama dalam Hi-5. 9 tahun dalam Hi-5! Bye-bye Stevie!
Bukan kami sekeluarga sahaja dapat menyaksikan Konsert Hi-5 House of Dreams ini. Kami datang bersama-sama pemenang Giveaway tempoh hari ! Moga semuanya terhibur !
Kami juga sangat terhibur, dapat menyaksikan konsert Hi-5 House of Dreams secara live bersama anak-anak ! Dhia sampai tak nak balik. Nak tengok Hi-5 lagi. Sampai je rumah. Bukakan Hi-5 di television pulak !
Wahh seronok la budak2 tu ye! Hehe
ReplyDeleteSeronoknya..pakai pula baju color gitu..semua cute-cute je...
ReplyDeletelets join my gold giveaway #1 by Qiya Saad Powered by Sayap Infiniti Network..check it out!
http://qiyasaad.blogspot.my/
memang kids lah yang paling suka kan.. Hi-5 sikit =D
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com