7 Cara Duit Gaji Sentiasa Cukup

Peringatan ini sebenarnya mummy terima dari bapa mertua dalam group What's App. Bagi mummy, memang banyak betul kata-kata dalam ini. Mummy tak mahu spam hantar ke kawan-kawan. Mummy memilih untuk share di blog mummy. Rasulullah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. "(HR. Al- Bukhari). Mungkin ada di antara kita pernah dapat kata-kata nasihat ini. Mana yang belum pernah dapat. Jemput baca ye. Untuk peringatan diri sendiri juga ni ;)


7 Cara Nak Rasa Duit Gaji Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit Pesan  Dari Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:


1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, berikan kepada mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
 
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
 
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
 
5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
 
6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sebelum bersedekah atau nak bantu orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana hal ini tersabit dalam hadis Rasul S.A.W
 
7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan dan saudara-mara...

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...

Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal. Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.  

Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)

Ingatlah... Rezeki untuk kita dalam pelbagai bentuk selain RM,  tenang hati dan jiwa. Biar pelbagai ujian tapi punyai kesihatan yang baik, anak-anak yang cerdik pandai, erat kasih sayang sesama ummah.


ã…¤  ã…¤  ❤ã…¤  ❤    ❤
ã…¤♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah    ♥
♥     Lailahaillallah   ♥
ã…¤♥    Allahuakbar   ♥
ã…¤ ã…¤  ❤ ã…¤  ❤     ❤

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. setuju! sue pun amalkan dapat gaji ,transfer kat parents dulu dah kawin pun still buat dan suami pun sentiasa ingatkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post