FASHA SANDHA DAN JEJAI SAH BERCERAI TALAK SATU

Semalam, semasa dalam kereta sambil mendengar siaran radio dari suriafm. Mummy terdengar berita yang di sampaikan oleh penyampai radio terkenal,  Linda Onn (LO) kisah penceraian Fasha Sandha talak satu (1). Menurut Linda Onn, berita tersebut disiarkan terus menerus kepada pendengar setia radio suriafm untuk mengelakkan fitnah terhadap pasangan itu.

Kisah Fasha ini, mummy dah lama dengar. Tapi, sebelum ini...Fasha menafikan beliau dan Jejai ada masalah dalam hubungan rumah tangga. Akhirnya, spekulasi yang melanda rumah tangga pelakon Fasha Sandha terjawab semalam. Apabila beliau dan suaminya, Rizal Ashram Ramli, sah bercerai talak satu. Prosiding pengesahan lafaz cerai dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab.

 FASHA SANDHA DAN JEJAI SAH BERCERAI TALAK SATU

 

Antara madah yang telah di muat turun oleh Fasha Sandha di Instagram. Mummy doakan semoga Fasha tabah menerima qada' dan qadar dariNYA. Sesungguhnya, apa yang terjadi ada hikmah di sebalikNYA.

5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Semoga Fasha terus kuat dalam melalui kehidupan sebagai ibu tunggal..

    ReplyDelete
  2. Kesian Fasha...moga dia tabah hadapi kegagalan rumahtangga

    ReplyDelete
  3. Setiap perjalanan hidup kita dh ditentukan Allah swt sejak azali dan ditulis di luth mahfuz...

    ReplyDelete
  4. Semoga dia bertabah.. Ada hikmah disebalik kejadian

    ReplyDelete
  5. salam.satu pengalaman pahit paksa terima hati terbuka redha..moga kekuatan terus hadapan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post