RESTORAN INSAF BARU DI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN KUALA LUMPUR, PILIHAN BERIYANI MUMMY DARI DULU HINGGA KINI
Lama tak datang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur. Kali terakhir datang Jalan TAR, masa mengandungkan Dhia Batrisya. Nak makan Nasi Beriyani Insaf waktu tu. Sebelum kahwin, ada juga beberapa kali ke Sogo. Beli barang hantaran kekononnya. Baju bertunang pun beli kat Jalan TAR gak.
Bulan ini pula, dah tiga (3) kali mummy ke Jalan TAR. Sakan,kau ! Yang pertama, ada hal ke sana. Pergi berdua dengan Dhia je. Kali kedua, daddy ajak shopping. Daddy punya pasal,la ni. Tanya mummy shopping mana murah untuk beli baju anak-anak. Mummy apa lagi, suggest Sogo KL la ! hahahaha . Memang pakaian agak murah di Sogo KL. Motif sebenar mummy ajak daddy ke Jalan TAR sebab, mummy nak makan beriyani Restoran Insaf ini. Oleh kerana shopping lama sangat, sampai Sogo KL tutup. Sudahnya, Restoran Insaf pun tutup juga. Waktu urusan di KL ini sangat cepat. 9 - 9.30 malam, banyak kedai yang tutup. Tak pe lahkan, tak ada rezeki nak makan Beriyani Restoran Insaf.
Alih-alih, mummy ada hal lagi nak ke KL. Hati berbunga-bunga nak makan Beriyani Insaf. Lepas selesai segala urusan peribadi. Terus ke Restoran Insaf. Makan dulu. Dah selesai makan, baru sambung aktiviti shopping. Masa ini, Sogo sales lagi. Sales apa? Nanti mummy cerita next entri ya.
Beriyani pilihan mummy kali ini ialah Nasi Beriyani Ayam Merah. Harganya RM14.00. Sedap punya pasal, harga belakang kira. Sapa tak kenal Beriyani Restoran Insaf ini. Tak perlu nak cerita banyak. Memang TERBAIK nasi beriyaninya ! Kalau bulan Ramadhan, memang selalu full house.
Mummy lawankan dengan air limau. Tapi, limau ais ler...Panas berdeting, berjalan sana sini. Berpeluh-peluh ! Mesti lah nak air sejuk,kan ! Harga limau ais ini RM3.00. Keseluruhan harga makan tak masuk GST. Kene tambah 6% nanti.
Sapa yang belum pernah cuba, boleh terjah Restoran Insaf, pekena Nasi Beriyani sini. Landmark dia berhampiran Gulati's Jalan Tuaku Abdul Rahman. Mudah je ! Lalu depan Sogo KL, terus sedikit..nampak lah restoran ini.
Dah nak mkn ikut jer selera tu linda..
ReplyDeleteBila tak ada selera.. lagi haru kan..
Harga mampu bayarvtu ;)
Ok..boleh Cuba makan kat sini...nampak sedap tu..
ReplyDeleteMak ena suka shopping kat sogo.. Setiap kali g sogo, mesti singgah Insaf ni... Satu keluarga suka sejak kecil lagi.. Dulu ingat lagi, nasinya memang banyakkkkk sangattt.. Skrg ni cam dah sikit.. Sebaik ayamnya banyak.. Harga tu usah cakap la, mahal.. Sebaik sedap ekekekeke
ReplyDeletehahaa..ingatkan insaf dah nak makan briyani. Ok cadangan yg bagus kalau pi sana nanti kami terjah Insaf !
ReplyDeleteMacam sedap je tengok ayam tu. meleleh/
ReplyDeletemacam sedap aje ayam tu.
ReplyDeletenyam. nyammm..
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com