Isteri Vs Tunang Drama Adaptasi dari Novel

Isteri Vs Tunang Drama Adaptasi dari Novel Menggantikan Drama Bersiri Sha dan Shah


Mummy memang pengikut Scha Al-Yahya di Instagram beliau. Beberapa minggu lalu, asyik nampak pos gambar berserta hastag #IsteriVsTunang di ig Scha. Tak lama tu pula, mummy ada gi Maju Junction. Nampak pula, Scha Al-Yahya dan team Isteri Vs Tunang sedang shooting. Tak bolah nak kacau. Tapi, Scha nampak kami dua beranak tengah tengok. Terus Scha melambai tangan ke arah kami. Tak sombong ! Tengah kerja pun boleh layan peminat dari jauh!





Memula, mummy ingatkan drama ini dah di tayangkan. Rerupanya Febuari 2016 akan di tayangkan di Astro Ria dan Ria HD. Drama adaptasi novel ‪#‎IsteriVsTunang‬ menggantikan drama bersiri adaptasi novel Sha dan Shah. Isteri Vs Tunang adalah karya Aisya Azahar.  


Dilakonkan oleh hero dan heroin terkenal iaitu Hisyam Hamid dan Scha Al-Yahya. Drama arahan Michael Ang terbitan Cube Film. Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar, manakala Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea. 




Serba sedikit sinopsis drama adaptasi Novel Isteri Vs Tunang:

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”



Tak sabar nak tunggu Februari nanti ! Isteri Vs Tunang antara drama yang wajib tonton !

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post