Kepingin mummy nak minum Messy Milkshake ini sampai kena tegur dengan daddy. Mummy ni tak sabar-sabar, macam budak kecik. Ye, memang tak sabar sangat rasanya. Dok terliur, tiap kali tengok gambar air ni. Dan, akhirnya daddy bawa juga kami sekeluarga ke Sid.Co .
Mummy pilih Strawberry Messy Milkshake sebab Dhia suka strawberry. Plan asal, beli satu Messy Milkshake dan kongsi ramai-ramai. Sampai sana, daddy pun nak cuba satu Messy Milkshake. Daddy pilih Vanilla Messy Milkshake. Harga setiap satu Messy Milkshake ini berharga RM15.00.
Selain ada air, ada juga menu makanan lain. Seperti lasagna, kek, meatball dan banyak lagi. Kami pilih Creamy Baked Meatball.
Makan panas-panas. Sedap! Kuah Banyak pula tu. Harga hanya RM5.00 sahaja.
Air Big Cup Sid.Co ini pula berharga RM5.00 murah juga. Cawannya besar ! Pilihan mummy tentunya Green Tea !
Sambil makan minum di Sid.Co ini, boleh cuci mata juga. Ada banyak barangan kecantikan, barangan bayi, baju, blouse, tudung dan shawl lawa-lawa. Mummy tak nak cerita banyak-banyak tentang butik ini. Tak best kalau cerita semua. Tak suprise la nanti, kan? Kalau nak tahu lagi apa yang best, sedap dan lazat. Wajib pergi sini tau ! Tempat berhawa dingin, sesuai untuk beristirehat !
Sid.CO Vendor Boutique and Cafe
58-2, TTDI Grove Kajang
Email: sidol.co@gmail.com
Telefon : 012-3161128
Buka : Rabu - Isnin
Jam : 12 tengah hari - 9 malam
Facebook: www.facebook.com/sid.coboutique
Instagram: https://www.instagram.com/sid.co/
sedapnya nampak milkshake tu...
ReplyDeletebersemangat MilkShake tu. haha besau
ReplyDeletePerghhhh terliur kak!! Serius nak juga benda ni malam ni..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com