Percutian ke Lexis Hibiscus Port Dickson baru-baru ini sangat mengujakan mummy dan keluarga ! Mana tak teruja, hotel mahal tu...dapat pulak menginap PERCUMA ! PERCUMA? Ye PERCUMA je...nanti mummy cerita tang ni di penghujung cerita AYE. Sekarang mummy nak bagi semua cuci mata keindahan tempat ini. Baru tengok signboard Lexis Hibiscus Port Dickson, pun dah teruja tau !
Memang tempat ini boleh rehatkan minda tau...rasa aman je sini. Bersih pun bersih ! Lexis Hibiscus ini ada 2 jenis tempat penginapan. Satu hotel dalam bangunan dan satu lagi bilik atas air. Kami tidur di mana? Tentulah atas air...
Sampai sahaja di lobi hotel, staff hotel terus offer kami perkhidmatan ambil beg. Sementara daddy uruskan susun beg dan parking kereta. Mummy sempatkan diri meronda di lobi hotel. Tengok-tengok apa yang menarik dan tertarik. Ruang lobi sangat besar. Jika nak lepak minum sambil menonton live band. Boleh lepak di Hibiscus Lounge pada waktu malam. Kedai runcit dan cenderamata juga ada di sini.
Banyak tempat duduk di sediakan di lobi hotel. Sofa yang sangat selesa ! Ada yang boleh mengadap television, ada juga yang mengadap ke hotel dan laut. Tenang sangat !
Nak ke bilik hotel pula..Oleh kerana Lexis Hibiscus ni agak luas tempatnya. Nak ke bilik atas air tu kene naik buggy car. Nak jalan kaki exercise pun boleh juga. Tapi, mummy tak larat rasanya nak berjalan kaki.
Sambil naik buggy car, sambil cuci mata dan ambil angin luar...fuh ! Bukan kata mak budak suka ! Anak-anak pun sibuk naik naik buggy car sepanjang masa. Lagi-lagi si kecik tu.
Antara pemandangan ketika di atas buggy car sambil ambil angin...angin bayu laut.
Dah sampai depan bilik. Pandangan depan bilik atas air.
Sampai je bilik kami terus makan dan bawa anak-anak mandi. Swimming pool dalam bilik ! Private gitu. Tapi bilik sebelah pun boleh nampak.
Jangan nak buat menda tak senonoh ye ! Kang kene viral. Malu sekampung !
Set toiletries yang comel dan wangi. Nak lebih, atau nak buat cenderamata. Ada di jual kat kedai di lobi hotel. Harga mummy tak tengok pula berapa harganya. Agak kalut dengan anak tak sihat masa ni.
Bawa jalan-jalan sebab tak mereka bertambah stress sakit di rumah.
Anak-anak terlalu seronok agaknya. Di ajaknya kita jalan-jalan. Tak nak meemrap dalam bilik. Bawa juga dorang ambil angin malam.
Kat sini, ada juga buffet dinner. Kalau nak makan dinner mereka ada sediakan pakej dinner. Kami semua tak makan luar. Dah siap-siap bawa bekalan. Makan dalam bilik.
Ada juga taman permainan untuk anak-anak beriadah.
Main buai, gelongsor, atau basikal. Semua ada di sini !
Yang ini kejadian yang tak di ingini telah berlaku. Kaki daddy bahagian belakang tersiat kulitnya. Sebab terkepit dan tertarik oleh pintu bilik belakang. Kononya mummy call operator nak dapatkan first aid kit. Tapi, bantuan keselamatan terus dorang berikan. Siap cucikan luka dan balutkan luka. Emergency response for safety sini sangat bagus !
Dzal bagi 5 bintang !!!
Esok pagi kami terus check out. Masing-masing tak sihat tu...sorang demam sorang lagi cirit. Tapi muka steady je,kan ! Gitu lah wajah mereka kalau bawa jalan-jalan.
Ramai PM mummy tentang harga bermalam di sini. Nak tahu harga, boleh terus ke laman sesawang mereka www.lexishibiscuspd.com untung nasib, boleh dapat harga promosi !
Percutian Keluarga ke Lexis Hibiscus Port Dickson
Di kesempatan ini, kami sekeluarga ucapkan banyak-banyak terima kasih pada sponsor terbesar percutian kali ini iaitu Pak Abang sekeluarga. Merasalah kami ipar duai berkumpul bercuti bersama-sama di bilik hotel yang ekslusif ini! Moga di murahkan rezeki buat family Pak Abang.
Selamat tinggal Lexis Hibiscus Port Dickson sehingga berjumpa lagi !
wah...SA yang dekat ni pun tak terjah lagi..memang dah tau dah harga kat sini memang sangat lumayan
ReplyDeleteWaaaaa kami berangan jela kak.. Tak tahu bila nak sampai
ReplyDeleteteringin nak nginap di Lexis ni.. dlm perancangan terdekat insyaAllah
ReplyDeleteRezeki linda dan anak2 kn..dpt merasa p situ..kite. ni ntah bile..hehe ..tunggu menang. Hadiah bertuah hehe
ReplyDeletewahhh best nya...idaman ni...
ReplyDeleteBestnya part kat kolam renang tu.. Seronoknya dapat full sponsor wahhh
ReplyDeletebest2, pernah gi kursus kat sana.. nice view n place kan.... kecian daddy nya..
ReplyDeleteseronoknyaaa...")
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com