Segmen irrayyan | Sejarah Blog AzlindaAlin a.k.a Bicara Mummy

Sejarah Blog AzlindaAlin a.k.a Bicara Mummy


AzlindaAlin haaaaaaaaa... banyak nau huruf A..Double gitu. Tapi, itu lah pilihan di hati. Nak memudahkan rakan alam maya mengenali lebih dekat siapa Azlinda Alin. Facebook dan Instagram pun dah lama mummy letakkan nama pena Azlinda Alin. Mudahkan semua nak ingat ! 

Asalnya, blog pertama mummy yang di tubuhkan pada 2 Disember 2009 ialah http://budget-cupcakes.blogspot.my/ . Kemudian, hati ini terpanggil pada pertengahan tahun 2012 buat blog untuk peribadi yang bernama pinky-lynn.blogspot.com sebab minat warna pink katanya kan. Lama kelamaan, rasa macam susah pula orang nak ingat blog yang nama panjang itu. 17 Jun 2015, atas nasihat bebrapa rakan blogger merangkap rakan sepejuangan. Mummy terus tukar ke domain AzlindaAlin a.k.a Bicara Mummy. 

Kenapa di media sosial mummy letak Azlinda Alin?
Sebabnya Azlinda tu nama yang di berikan oleh kedua ibu bapa mummy (Nur ada di depan). Dan Alin pula, adalah nama panggilan manja dari ahli keluarga. Korang jangan panggil mummy Alin ye ! Rasa geli orang bukan dari ahli keluarga panggil Alin.  Rakan-rakan panggil Linda je. Baru nampak macam keras gitu hahaha !

Kenapa buat blog?
Asalnya, mummy sangat aktif di facebook dan instagram. Tetapi, beberapa tahun lalu...rasa susah nak scroll balik apa yang pernah di share dan di tulis. Sebab timeline facebook banyak tak keluar. Hilang ntah ke mana pun tak tahu ! Antara benda yang mummy suka celoteh di facebook dan instagram adalah tentang anak-anak, kesihatan, jualan murah dan macam-macam lagi. Lagi satu, facebook tu mummy filter juga. Dengan blog, mungkin mudah orang nak search. Kekal pulak tu ! Nak bebel panjang berjela pun boleh !

Dah bebel panjang-panjang..lupa pula nak bagi info tentang entri ini. Entri ini sebenarnya segmen 24 jam dari irrayyan . Pada yang nak join, jom cepat-cepat join sebelum jam 12.30 tengah hari 28 Januari 2015.

http://www.irrayyan.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-mommyirra.html

Syarat Segmen irrayyan | Sejarah Blog

1. Follow blog irrayyan

2. Buat satu entri bertajuk "Segmen irrayyan | Sejarah Blog XXX
(XXX = nama anda/blog anda)

3. Masukkan banner di bawah dan link kan ke entri ini.

4. Buat entri mengenai sejarah blog anda melebihi 300 patah perkataan. SEO yang bagus adalah jumlah perkataan dalam sesuatu entri melebihi 300 patah perkataan.
 
5. Tinggalkan url anda di ruangan komen entri ini. Mommy nak g baca entry korang nanti.
6. Tarikh tamat segmen ini adalah 24 jam selepas entry ini dipublishkan (Publish 27 Januari 2016 | 12:30).
7. Penganjur berhak menukar syarat dan sebarang perubahan akan dimaklumkan.

10 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. dlm blog kita mampu menaip lebih kan.. lebih puas

    ReplyDelete
  2. Oh macam tu rupanya... blog lebih mudah diuruskan kan? nak nak kalo ada domain sendiri lagi puas hati..... ;-) Tahniah dan Good Luck ye..
    Salam perkenalan dari Fiza buat Linda...ewahhhh

    ReplyDelete
  3. btul tu. macam shehan pn, fb lama dah berkubur. so fb skrg ni fb baru. syg lak kalau x abadikan dlm blog. hihih

    ReplyDelete
  4. confuse gak memula nk panggil , lyn , linda.. alin. ok heppy blogging.

    ReplyDelete
  5. Dalam blog panjang skit nak membebel kan kak. sy pun baru start aktif blog. Before ni busy study nak update pun x smpt =)

    Salam perkenalan kak ! =)

    ReplyDelete
  6. Nak panggil Alin lah....!

    Alin..
    Alin..
    Alin..

    hehehehehe.. :) ok apa panggil Alin.. manjeww-manjeww gitueeww...!! :p

    bila2 free singgah baca cerita tak seberapa dari ain plak ekk..
    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html

    ReplyDelete
  7. bagus tips ni alin, selamat bersegmen semua

    ReplyDelete
  8. betul2.. kadang status facebook pon dah macam karangan..lebih baik ada blog..hehehe..bru puas hati

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post