Kalau ke Kuala Pilah tak sah, tak singgah beli itik
salai!! Eh,,,bunyinya macam selalu nau ke Kuala Pilah ye ! Padahal baru pertama
kali beli itik salai kat Kuala Pilah. Dulu banyak kali lalu. Tapi tak sempat
singgah.
Kali ini, tak mahu suami terliur lagi. Sepanjang perjalanan ke Kuala Pilah. Mummy dok ingatkan daddy. ‘Balik dari kenduri nanti, jangan lupa singgah beli itik salai tau!’
Banyak gerai jual itik salai, ada yang murah ada juga yang mahal. Bergantung pada saiz itik salai. Daddy singgah gerai itik salai yang menjual RM30 seekor. Agak mahal. Tapi besar !
Dua kali juga mummy dapat masakkan itik salai untuk daddy. Kebetulan tok abah budak-budak ini datang. Jamu tok abah sekali. Ahli keluarga mummy yang lain termasuk mummy tak makan itik salai.
Bagi mummy, tak makan itik salai tu bukan lah alasan mummy untuk tak masakkan masakan kegemaran daddy.
2 Resipi Itik Salai Yang Mudah !Itik Salai Masak Lemak Cili Api
Pertama kali masak itik salai. Minta pendapat dan tanya
daddy juga nak masak apa, nak letak apa. Takut juga tak kene seleranya nanti !
Daddy requests untuk itik salai masak lemak cili
api. Nak masak macam biasa je mummy selalu masak. Jadi…terus beli bahan masak
lemak cili api. Zaasss masakkan ! Maaflah gambar itik salai masak lemak tak
sempat snap.
buat basah sedikit
Itik Salai Masak Rendang Ala Negeri Sembilan
Selang seminggu, mummy masakkan rendang itik salai ala Negeri Sembilan. Arwah mak daddy ini orang Negeri Sembilan. Mummy wajib belajar sedikit demi sedikit juga masakan orang Nogori ni !
versi kering
Pasti..Daddy mesti rindu masakan arwah maknya !! Mummy pun tak pasti samada kene cara mummy masak dengan gaya arwah maknya atau tidak. Sebab mummy tak sempat merasa masakan arwah mak mertua. – Alfatihah semoga arwah mak, Nurimah Md Ali tenang di sana -
Bila nampak semua lauk tu licin, mungkin ianya kene dengan selera daddy. Alhamdulillah.
Sebelum terlupa, ini resepi Itik Salai Mudah dari Mummy
RESIPI RENDANG ITIK SALAI
Bahan Kisar
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah kecil
3 inci Lengkuas
1 inci Halia
5 ulas Bawang putih
Sengenggam cili api
1 sudu besar Ketumbar (boleh pakai serbuk)
1 sudu Jintan Manis (boleh pakai serbuk)
1 ekor itik salai
Kerisik (2 paket kecil)
Serbuk Kunyit
1 biji santan kelapa
Sedikit garam
Sedikit gula (jika suka)
Sedikit perasa (jika suka)
Air asam jawa (1 sudu besar asam jawa) - elakkan bau hanyir
Racik / Potong halus :
Daun kunyit
Serai
CARA MEMASAK RENDANG ITIK SALAI
1. Tumis bahan kisar dengan minyak hingga naik bau.
2. Masukkan air asam jawa 1 gelas.
3. Dalam masa 5 minit masukkan itik salai.
4. Agak agak air kering, masukkan santan, kerisik sehingga kering sedikit.
5. Kacau kerap, untuk bagi masak rata.
6. agak-agak dah nak kering taburkan serai dan daun kunyit yang dah di hiris. Perasakan dengan garam dan gula jika suka.
Siap !!
Sedapnyaaa.. Ena tak pernah lagi makan daging itik... Huaaaa terliuree terusss
ReplyDeletenampak sedap :D
ReplyDeletewahh yang rendang Negeri Sembilan tu sedap tuuhh nampaknya! dah la tgh lapau ni. akak kena bertanggungjwb! hahaha
ReplyDeleteMana resepinya Puan?.... boleh share tak?
ReplyDeleteMana resepinya Puan?.... boleh share tak?
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com