7 SENARAI TIPS SEBELUM BELI RUMAH dan MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN

Mummy terpanggil untuk menulis entri tips beli rumah atau tips buat pinjaman perumahan. Sebab ramai yang bertanyakan pengalaman mummy. Pengalaman dedulu lah ni. Sewaktu berkhidmat dengan beberapa bank. Tapi, prosedur dulu dan kini mungkin ada perbezaan sedikit. Jadi mummy ambil iniasiatif cerita secara general sahaja ye.


7 SENARAI  TIPS SEBELUM BELI RUMAH dan MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN


7 SENARAI  TIPS SEBELUM BELI RUMAH dan MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN.

 
 1. CCRIS
CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti pembiayaan kereta, kad kredit, pinjaman peribadi. Penting ada CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia. Boleh juga semak guna emel. Atau hubungi pihak CCRIS Bank Negara


2. CTOS
CTOS ni Sistem Informasi Rujukan. Kene pastikan juga, kita ini bebas daripada CTOS. Bahasa lain dia disenarai hitam. Kadangkala kita tak sedar pun kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik beradik ataupun sedara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang yang tertunggak.

3. DSR
Debt Service Ratio adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan. Semakin tinggi nisbah, semakin banyaklah hutang / komitmen. Biasanya, maksimum DSR dibenarkan bank hanya 50-60%. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah yang boleh dapat. Berdasarkan pengalaman mummy kerja beberapa bank dulu. Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank, namun konsep dia tetap sama.

4. Kelayakan Jumlah Pembiayaan
Kalau nak tahu kelayakan, boleh juga 'walk in' ke bank untuk tanya berapa jumlah kelayakan pembiayaan perumahan boleh beli dengan gaji / pendapatan. Jika ada banyak komitmen. Jangan risau. Tambahkan pendapatan ataupun kurangkan dulu komitmen. Jangan putus asa.

5. Dokumen Lengkap
Pastikan sudah siap sedia dengan dokumen berikut (bagi yang bekerja) :-
1) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: penjawat awam) (2 Tahun)
3) Surat Pengesahan Majikan (kalau kerja kerajaan boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
4) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun okay kalau ada bulan tu terima bonus ataupun OT)
5) Penyata EPF (terkini)
6) Penyata Bank (3 bulan-6 bulan, ikut nombor 4)
7) Dokumen sokongan:
i. Tabung Haji, ASB
ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank tiap bulan. Untuk perkiraan DSR.
iv. Sebarang dokumen boleh menampakkan korang mampu bayar ansuran bulanan.
v. Rekod CCRIS

6. Duit Pendahuluan
Sangat berminat, tapi duit pendahuluan pun tak ada. Susah jugak. Nak beli rumah ni memang kene wang pendahuluan. Berapa banyak? Terpulang pada pihak penjual atau developer tu.  Mummy dulu 4 tahun yang lepas hanya perlu bayar RM500 je deposit. Tapi, apa yang perlu...kene pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah yang korang berminat tu.

7. Baki Minimum Bulanan Dalam Bank
Lagi satu, jangan biarkan baki minimum bulanan sedikit dalam bank pada setiap hujung bulan. Pihak bank akan membaca karekter peminjam dari situ. Jika RM10 tinggal tetiap bulan. Macamana pula nanti dah ada komitment.


P/S: Ini panduan asas sahaja. Untuk lebih lanjut rujuk pakar, pegawai bank dan ejen hartanah.

4 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Rasa lulus dah 7 benda ni ngeeeee

    ReplyDelete
  2. Yeay...jgn lupa Jemput housewarming tau. Mommy...

    ReplyDelete
  3. wahhh dulu time praktikal kat bank rakyat, nampak benda-benda ni semua kat bahagian loan! hehehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post