Kain Pasang Cenderahati dari India

Setiap tahun bos memang akan ke India untuk sembahyang dan berdoa. Tahun 2016 ini, mereka (2 orang bos) menyambut Thaipusam di sana. Berbalik pada cerita mereka ke India. Memang mummy happy sangat ! Bukan happy merdeka sebab mereka tak ada di ofis ye ! Bos ada ke, tak ada di ofis ke. Pastinya, anytime bos boleh tengok CCTV monitor staff di mana sahaja ! 
 Kain Pasang Cenderahati dari India

Kain Pasang Warna Oren Cenderahati dari India


Apa yang mummy suka bos ke India...mesti balik sini, mummy dapat kain pasang. Sangkaan mummy memang tepat. Tahun ni dapat kain pasang warna kuning oren hitam putih. Warna meriah gitu. Buat kurung moden pun lawa. Kurung biasa pun lawa. Erm..nak tema warna ni ke untuk Aidilfitri nanti? 

Tahun lepas dah tema warna GOLD, kain pasang pemberian bini bos untuk mummy. Kain pasang yang bos bagi dari India warna krim gold, mummy tempah baju kurung untuk Dhia dan baju melayu untuk Dzal. Sedondon juga lah !

Tahun ni....Tengok budget daddy macamana dulu....kalau nak sedondon warna ini...mummy tak payah dah beli kain lain. Kain pasang ini pun ada lebihan. Boleh tepah baju kurung Dhia juga ni.

Kalau daddy nak pilih warna lain...dan ada budget lebih. Mummy ikut je. Eh, tetiba pulak cerit apasal baju raya ye ! Almaklumlah, kita kerja pakai uniform, kalau dapat kain pasang cenggini. Memang dok pikir baju raya aje la..

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. fefeling kajol sekejap... cantik sari tu

    ReplyDelete
  2. Wah...feeling2 Dilwale la tahun ni eh...akak tahun ni malas nak tempah..beli siap je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post