Kata-kata di Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Jumaat                                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Berjumpa lagi di hari Jumaat. Alhamdulillah. Hari ini, mummy seperti biasa di hujan kata-kata Suci dan amanat dari makcik pakcik group Whatsapp sebelah abah dan juga bapa mertua. Mummy abadi kan terus di blog mummy. Agar ingatan itu tidak padam. 


ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya الله jadikan hari ini sebagai pembuka pintu rezeki dan keberkatan,  pintu kebaikan dan nikmat,  pintu kesabaran dan kekuatan,  pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.

Ya Allah dengan rahmatMu, Engkau permudahkanlah segala urusan kami, jauhi kami dari segala kesulitan dan limpahkanlah rezeki untuk kami. 

Ya الله ! kami mengharapkan rahmatMu , janganlah Engkau membiarkan kami menentukan   diri kami sendiri walau sekelip mata. 

Ya الله perelokkanlah keadaan kami seluruhnya.. 

Ya الله , Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami, adik beradik kami, sanak saudara kami, sahabat2 kami, dan semua umat Islam dari terkena musibbah. 

Ya الله sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah, kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu, sesungguhnya Engkau Ya الله Maha berkuasa di atas segala sesuatu.

Ya الله kami sesungguhnya amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,

Ya Rahim, kasihilah kami semua,  kami mohon kepadaMu, lindungilah kami semua daripada perkara2 yang buruk.

Ya الله , janganlah Engkau  menimpakan sesuatu
keatas kami melainkan sebagai peringatan kepada kami di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya الله , sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami, ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya الله , janganlah Engkau biarkan hati dan iman kami terpesong  dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu, rahmatilah kami semua Ya الله ,

Ya الله , tiada tuhan melainkan Engkau, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu, Ya الله , Ya Ghafar, 

Ya Mujib, perkenankan doa kami. Ya الله semoga dengan keikhlasan hati kami memohon kepada Mu Ya الله , makbulkanlah doa kami serta rahmatilah kami.

Ya الله , terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini. 

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
 
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. amin amin amin. alhamdulillah masih hidup di dunia ni untuk bertaubat dan berbuat ibadah kepada-Nya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post