Penulis Blog Wajib Mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Ini yang dinamakan... Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga ! Kerana seorang dua penulis blog tidak beretika. Kita pula kene !
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggubalan undang-undang supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.
Tapi, ada bagusnya juga ! Mungkin selepas ini, kami penulis blog tidak di copkan sebagai keyboard warrior !
Ramai yang berpandangan penulis blog ini keyboard warrior. Erm..kami sebenarnya media influencer.
Bezakah Media Influencer dan Keyboard Warrior?
Yup beza dan sangat berbeza ! Media influencer macam kami ini, tidak hide atau tidak sorokkan profil. Berbeza dengan keyboard Warrior yang kita tidak ketahui siapakah gerangannya.
*******
****
**
Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet.
Beliau berkata KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.
"Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita pada majlis rumaah terbuka Terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di Johor Bahru semalam.
Beliau berkata banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut.
-Sumber: Malaysia Kini
aduhaiii..klu kna daftar mesti kena bayar kan..semua itu duit..duit..huhuhu
ReplyDeletehanya mampu tersenyum. rasa mcm nak buka syarikat pulak ada daftar2..
ReplyDeleteyup.. stuju jugak.. sebabkan segelinir blog, yg betul2 blogger ni dicopkan macam2..
ReplyDeletedah takde benda lain yang diorang nak tumpukan agaknya..banyak lagi benda lain yang diorang boleh focus khususnya kembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ke..settlekan hutang2 kerajaan ke...
ReplyDeleteDah pulakkk..
ReplyDeleteada baiknya.
ReplyDeletetak boleh sesuka hati menulis atau share fakta yang tidak berasas.
cuma takut ini jadi langkah awal dalam mengekang maklumat yang betul. if you know what i mean.
pulak ye..
ReplyDeleteNice Artikel :D
ReplyDeleteBack : Blogger Seni
adeh..
ReplyDeletealamakkk..
ReplyDeleteadeh malasnya la nak daftar bagai
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com