PILIHAN HAK PEKERJA UNTUK MENCARUM MELEBIHI KADAR BERKANUN (SYER PEKERJA) KWSP 11% atau 8% MULAI MAC 2016
Masih ingatkah Penstukturan dan Pengubahsuaian #BajetUntukRakyat #Bajet2016 yang telah di bentangkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini? Isu KWSP a.k.a EPF caruman pekerja di rendahkan dari 11% ke 8% efektif Mac 2016. Nampak gayanya, bulan ini.. kerja mummy bertambah sedikit untuk memaklumkan, menyiapkan dan melengkapkan BORANG NOTIS MENCARUM MELEBIHI KADAR BERKANUN (SYER PEKERJA) kepada lebih 200 orang pekerja di tepat mummy bekerja.
Tak perlu merungut pun sebenarnya, dah tugas mummy pun. Wajib selesaikan amanah dan tanggungjawab. Jika tidak, naya pekerja..caruman syer pekerja akan jadi auto. Automatik di tolak 8%. Benda ini hak pekerja. Mereka layak membuat pilihan nak carum 11% mahupun 8% tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
BERBEZA KE CARUM Caruman Pekerja KWSP 11% atau 8% ?
Kebanyakan majikan akan potong siap-siap PCB (tax - LHDN) dalam gaji. Bila masa isi borang income tax, barulah kita buat declaration itu ini untuk dapatkan balik lebihan bayaran (jika ada).
Mummy pun pening dan tak tahu nak cerita perbezaan caruman ini. Illustrasinya, boleh tengok kiraan di bawah :-
Mummy pun pening dan tak tahu nak cerita perbezaan caruman ini. Illustrasinya, boleh tengok kiraan di bawah :-
Sumber gambar dari rakan Whatsapp - Dya Muhamad
Yang tak kene potongan PCB, boleh fikir-fikirkan nak potong 11% atau biarkan 8% caruman pekerja. Mummy memilih untuk 11% kerana ada kebaikkannya juga, saving hari tua akan jadi banyak kalau carum 11% sebab KWSP a.ka. EPF sebab ada dividen. Lama kelamaan jadi compounded 'untung' juga di situ. Duit dapat kat tangan pun, akan habis akhirnya.
Korang dah tandatangan ke borang KWSP 17A (Khas2016) - BORANG NOTIS MENCARUM MELEBIHI KADAR BERKANUN (SYER PEKERJA) ?
elok lagi 11 %.. org dulu2 buat 11% sbb dah kaji... ubah sebab apa lah agaknyer ye? tepuk dada tanyalah selera ekekek
ReplyDeletememang dah pilih 11%...rugi la kalau back to 8%...kita nak harapkan simpanan caruman ni la untuk hari tua kan...
ReplyDeleteSALAM,KAK...NAK TANYA...KALAU MAJIKAN TAK TANYA PADA STAFF,LEPAS TU DORG TERUS DECIDE NAK POTONG KITA PUNYA KWSP 8%...DAN KAMI SEMU TAK DIBENARKAN UNTUK SIGN BORANG KEKALKAN POTONGAN 11%...APA KAMI BOLEH BUAT KAK???SEBAB MAJIKAN SAYA NI DAH MELAMPA SANGAT2,MENTANG2 KAMI NI MELAYU,DIANJING2 KAN JE SEMUA STAFF2 MELAYU NI...
ReplyDeletewaalaikumussalam. Saya berpendapat ini adalah hak kita sebagai pekerja. Selanjutnya, boleh berbincang dengan pihak KWSP
ReplyDeletekalau tak silap dalam perbentangan tu ada tambahan pelepasan cukai individu RM2k kan.
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com