Tanda rezeki cukup | Keluarga Harmoni

Assalamualaikum..Salam Jumaat !!

Entri hari ini mummy share dari group whatsapp. Mummy rasa sangat tersentuh dengan kata-kata dalam cerita ini. Dan..mummy juga setuju bahawa keluarga amat penting dalam hidup kita. Keluarga bahagia juga merupakan tanda rezeki yang berkat. Wallahualam. Tetiba nak jadi ustaz ah pulak mummy ni ye !! Ok lah..Jemput baca semua..

TANDA REZEKI CUKUP DAN BERKAT | KELUARGA HARMONI 




Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya,dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik.Air matanya tergenang. Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,"Jika hang tidak nampak aku di syurga, tanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya membisikkan,"Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon kpd hang jika sebaliknya hang tidak nampak aku disyurga."Kami menangis bersama, entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital,saya terkenang pesanannya. Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis,"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu,maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku,"Wahai tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga."Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia. 

Maka mereka pun bertanya kepada Allah,"Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka,lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dg sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat,berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan,berjuang untuk tegakkan agama.


Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, selalu berpesan dg kebenaran.Teman yg dicari kerana urusan niaga,pekerjaan,teman tengok bola, teman memancing, teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat,teman fb utk bercerita makan apa hari ni,teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa,akan mencari kita disyurga.Semaklah pada diri kita,apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita,atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak, kurangkan masa dengan teman yg pada garis dunia, carilah teman dan kawan dengan mereka yg akan mencari kita disyurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah, pelbagaikanlah usaha dan harapan, moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Al-Hasan Al-Bashri berkata “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.Pejam mata, carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga, Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga,memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri ,bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya.Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?

Wallahu a'lam

...........
....
..

Mummy berpendapat,  tak semua rakan dalam media sosial kita gini. Insyaallah semua yang mummy kenal di sini baik-baik belaka. Bukan takat bersapa di media sosial semata. Dan..Bukan terlalu taksub dengan media sosial sangat. Segala nya boleh scheduled. Betul tak?

2 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. hati tenang dan sentiasa rasa cukup even tak mewah tu pun dah memadai :)
    alhamdulillah dgn kurniaanNYA




    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post