TESTIMONI 3BSkin Detox Journey - GREEN DETOX MASK dalam masa dua (2) minggu.
Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia dan Selamat Pagi ! Apa khabar semua? Mummy sihat-sihat je ni ! Untuk entri kali ini, mummy nak menulis entri berkaitan kecantikan pula. Bila cerita bab kecantikan, mestilah ianya berkaitan dengan produk kecantikan,kan ! Lagi pun...Siapa tak nak kulit cantik, betul tak? Lagi-lagi kulit muka yang dah berusia 30an ni. Kene jaga lebih sedikit ! Kulit mummy sebenarnya tak ada masalah besar mana pun ! Tak ada masalah jerawat, cuma ada masalah bintik putih dan bintik hitam. Bintik putih dan bintik hitam ini terjadi apabila liang roma tersumbat. Bila dah tersumbat. Mulalah liang pori menjadi besar. Dulu-dulu suka skip pakai mask / masker muka. Tu lah sebab sebenarnya!
Bagi mummy, penggunaan mask / masker ini sangat perlu untuk mengurangkan pori kulit muka terbuka dan tersumbat. Kali ini, mummy nak kongsikan pengalaman mummy menggunakan produk 3BSkin Detox Journey - GREEN DETOX MASK yang ada pelbagai kelebihan tersendiri !
Oh ya ! Sebelum tu, meh mummy perkenalkan jenama ini dulu.
Pengenalan tentang 3Bskin
Latarbelakang Mengenai 3Bskin ?
3BSkin ialah syarikat penjagaan kulit secara online yang di asaskan oleh Jun Hee, usahawanita muda yang berumur 25 tahun yang berimpian tinggi serta mempunyai minat yang mendalam untuk menceburi industri kesihatan dan kecantikan.
Produk di edarkan dan dipasarkan oleh “Three Bskin Enterprise”.
Apakah 3BSKIN?
Produk yang menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga mampu milik dan diperbuat daripada bahan terbaik yang sesuai digunakan oleh masyarakat Asia terutama bagi golongan remaja.
Ciri-ciri produk yang unik, pek produk menarik perhatian dan terkini sesuai digunakan oleh wanita dan lelaki.
Bilakah 3Bskin diwujudkan?
Setelah bertahun pengalaman dalam jualan dan promosi produk kecantikan pihak lain, pengasas menyedari kepentingan untuk mencapai kepuasan pelanggan, mendapat kepercayaan daripada pelanggan, memastikan produk yang dibuat berkualiti tinggi, meletakan harga produk dengan harga mampu milik berserta kualiti yang terjamin baik . Untuk mencapai kepuasan pelanggan, pengasas hadir dengan idea mencipta produk keluaran serta jenama sendiri bagi memenuhi segala kepentingan pelanggan. Oleh itu pengasas mengeluarkan produk berjenama 3Bskin yang “Trademark” pada bulan September 2015 dan produk bakal dilancarkan pada Januari 2016.
3BSKIN?
Penamaan bagi jenama tersebut adalah daripada 3 ayat ajaib iaitu “Bouncy,Brighten and Baby skin” yang bermaksud kulit anjal, cerah dan nampak cantik seperti bayi.
Konsep bagi produk ini adalah untuk penyelesaian masalah kulit yang efektif, berkualiti tetapi mampu dimiliki (tidak mahal).
Ciri-ciri produk yang unik, pek produk yang menarik perhatian serta mudah digunakan.
Bagaimanakah 3Bskin diformulasikan?
Produk kami di formulasikan di Perancis dan telah melalui pelbagai penyelidikan, perkembangan dan pemprosesan selama setahun oleh OEM(Original Equipment Manufacturer) terbaik. Di berikan sijil di Malaysia oleh GMP (Good Manufacturing Product) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Produk 3BSkin
1. Detox Mask
2. Hydrating Jelly Mask
3. Diamond UV SPF35+++
4. Cleansing Milk
5. Toner
6. Enzyme Scrub
7. Serum
Testimoni mummy yang telah menggunakan 3BSkin Detox Journey - GREEN DETOX MASK dalam masa dua (2) minggu:-
- Kulit mummy kurang gatal dan menggerutu.
- Pori muka semakinmengecil
- Tiada jerawat tumbuh selepas menggunakan produk ini.
- Kulit tidak berminyak.
Sememangnya Green Detox Mask ini sesuai untuk kulit mummy jenis kombinasi yang dapat mengimbangi minyak di zone T muka. Ianya juga dapat mengurangkan menegangkan dan mengecilkan pori muka. Produk halal dan juga telah mendapat kelulusan KKM ini tak perlu di ragui !
Cara memakai 3BSkin Detox Journey - GREEN DETOX MASK:
Selepas mencuci muka dan menggunakan penyegar muka. Mummy terus meletakkan sapuan nipis Green Detox Mask selama 15-20 minit dan cuci seperti biasa dengan air suam sebelum meletakkan serum dan pelembab muka. Mudah,kan !
Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan produk ini :-
Penthouse (Level27)
Centerpoint South, The Boulevard
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur Malaysia
(Sila Buat Temu Janji)
www.3bskin.com
(website masih dalam proses pengubahsuaian)
@FB :3BSkin
@Instagram : 3BSkin
tak test lagi scrub 3skin ni..ada jugak dapat sample dia..
ReplyDeleteMacam menarik je macam best je
ReplyDeletemenarik! walaupun tak pernah pakai mask tapi ok juga kalau dicuba kan
ReplyDeletefirst time dengar jenama ni...kalau bagus boleh la cuba kan
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com