8 Café Hipster Terbaik di Malaysia untuk Food Hunter


8 Café Hipster Terbaik di Malaysia untuk Food Hunter!


Mengimbau waktu kecil dulu. Bila tiba cuti sekolah, pastinya mak dan abah dah siap-siap buat perancangan untuk kami. Selalunya waktu cuti sekolah itu, kami akan balik kampung dengan menaiki bas. Ketika itu, mummy lah anak paling kecil sekali dan sangat manja. Almaklumlah, mummy belum adik lagi.   Cuti sekolah kali ini mummy belum ada perancangan lagi untuk anak-anak. Tapi, ada dengar perancangan kawan-kawan mummy. Nak bawa anak mereka bercuti. Ibu-ibu dan bapa-bapa di sini sudah merancang percutian ke? Mummy ada terbaca tentang “Catch That Bus” yang boleh bawa kita semua bercuti sambil menikmati hidangan lazat di kafe-kafe menarik di seluruh Malaysia dengan hanya menaiki bas. Disamping berjimat, kita juga boleh menikmati keindahan Malaysia, semuanya #dekatje.
 

Memori yang lepas, mummy sekeluarga bercuti dalam Malaysia dengan menaiki bas. Mummy memilih duduk di depan, supaya anak boleh melihat dengan jelas perjalanan untuk bercuti.

Pada yang nak bercuti dan tak tahu nak ke mana untuk jalan-jalan cari makan, jom kita tengok 8 Café Hipster Terbaik di Malaysia untuk Food Hunter :-



Melaka:

Sinonim dengan panggilan tapak warisan dunia, Melaka juga menjanjikan kepuasan kepada para pencinta makanan. Antara kafe hipster terbaik di Melaka ialah:


Casa Del Rio River Cafe, kafe dengan pemandangan indah berlatar belakangkan sungai Melaka. 


Sesuai bagi mereka yang mementingkan kesempurnaan dalam hidangan dan juga servis, kafe ini adalah pilihan yang terbaik untuk keluarga atau lepak bersama rakan-rakan.


Limau Limau Café, Kafe dengan keunikan tersendiri. Hiasan dalamanya dipenuhi dengan bingkai-bingkai gambar dan juga hasil kerja seni yang menarik.


Hidangan sarapannya bermula seawal dari jam 9 pagi hingga 11 pagi, jangan lupa untuk mencuba hidangan hebat di sini.

P.Pinang:

Destinasi pilihan percutian yang sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Pulau Pinang. Kerana Pulau Pinang juga merupakan tempat wajib bagi "food hunters.”


Kopi C Kafe 


Korang penggemar kek? Jangan lepaskan peluang untuk singgah dan minum petang di kafe ini. 



Pasti terpukau dengan juadah yang disajikan, dereten kek dengan pelbagai jenis bentuk dan juga rasa. Wajib mencuba kek Tiramisu di restoran ini tau !

Monkey Cup Café 


Kafe dengan suasana retro, jika korang seorang peminat tegar kopi, Monkey Cup Kafe adalah tempat yang harus anda tuju. 


Selain dari menikmati kopi, hidangan seperti pasta juga boleh didapati di kafe ini. Harga di sini sangat berpatutan.
 
Ipoh:
Bila terpaculnya perkataan “Ipoh” dari mulut, semestinya apa yang terlintas di fikiran kita adalah pekan lama dengan deretan kedai-kedai kopi yang unik dan menarik.
Happy 8 Cafe, Kekuatan kafe ini terletak pada seni bina dalamanya. Fesyen dari hiasan kayu yang unik pada lampu, dan juga dinding kedai dihiasi dengan susunan batang buluh. 

 
Banyak makanan menarik dan hipster disini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba !


Ben & Lynette





Kafe dengan hiasan ala Inggeris, kemas dan juga teratur. Hidangan masakan Italinya antara hidangan yang paling tinggi mendapat pujian daripada setiap pelanggan yang hadir.



Banyak sudut cantik untuk anda bergambar, tidak hairan jika kafe ini sentiasa mendapat rating tinggi di sosial media.

Johor Bharu:
Pembangunan yang pesat di Johor Bharu hari ini sedikit sebanyak memperlihatkan kita kepada wujudnya kafe-kafe moden seperti di Damansara dan juga Kuala Lumpur.


Cat Café 


Minum sambil bermain dengan kucing pastinya menceriakan. Sambil menikmati hidangan yang dipesan, pastinya tidak kering gusi melihat telatah kucing-kucing yang comel dan juga sihat. 



Sememangnya terapi yang baik sekiranya anda ingin berehat sambil melupakan masalah yang bermain di fikiran.


Miyakori



Makanan yang dihidangkan kepada anda sangat comel sehingga anda mungkin rasa sayang untuk menjamahnya. 



Kafe ini mempunyai hiasan dalaman seperti kafe-kafe yang terdapat di jepun, kemas dan juga bersih disamping susunan perabot yang teratur. Sangat romantik jika anda membawa pasangan anda untuk meluangkan masa di sini.

Nak kongsi satu app bas yang best - CatchThatBus, anda tidak perlu beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apa lagi jom food trip!

7 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. wah nampak menarik...okey jom skodeng catchthatbus...

    ReplyDelete
  2. wah rajinnya mummy. InshaAllah kalau berkesempatan boleh la pegi cafe dkt penang tu. :)

    ReplyDelete


  3. bestnye semua cafe itu..suka lah..sbb umul suka interior..hrp boleh pergi nanti

    ReplyDelete
  4. bukan makanan minuman je mesti sedap, deco cafe pun mesti menarik.. :) tahniah semua cafe yang terpilih.. memang special nampak tu.. :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya kafe-kafe nie. Semua nampak menarik dan makanan nampak sedap terutama kafe di JB :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post