BeeBop Circus, The School, Jaya One Petaling Jaya Selangor |Tempat Bermain Sambil Belajar Untuk Anak Yang Harus Dikunjungi
Perkara yang sama, kita akan lakukan bila kita bergelar ibu dan bapa. Tibanya hujung minggu yang di nanti-nantikan, mummy dan daddy akan ambil peluang luangkan masa untuk beraktiviti dengan anak-anak. Penat bekerja Isnin hingga Jumaat bukan alasan bagi kami. Anak-anak juga mesti ternanti-nanti hari hujung minggu. Minggu lalu, kami habiskan masa bersama di BeeBop Circus. Tempat bermain dan juga tempat yang mereka boleh belajar sesuatu. BeeBop Circus ini bertempat di The School, Jaya One Petaling Jaya.
Untuk ke BeeBop Circus ini, mudah sahaja. Mummy gunakan waze dengan menaip BeeBop Circus!
Sehari sebelum itu, mummy dah siap-siap buka facebook, instagram dan website BeeBop Circus untuk tunjukkan keadaan BeeBop pada Dhia. Sebenarnya, mummy juga teruja nak tahu apa yang menarik di BeeBop Circus. Walaupun, sebelum ini mummy pernah menonton Papa Hero Saya 2 di Astro, episod suami Nana Mahazan membawa Althea (anak perempuannya) ke BeeBop Circus. Tapi, mummy nak gali lagi apa yang menarik di sana.
Mungkinkah ada orang kerdil berjanggut kecil melambai di sudut ranting, burung hantu merah jambu terletak di atas tangga, pokok berjalan atau taman di penuhi cupcakes?
Ya, semua ada di BeeBop Circus sempena ulang tahun kedua mereka !
Hari yang di nanti nantikan tiba..tekaan mummy benar belaka. Anak-anak memang teruja dapat belajar dan juga bermain di BeeBop.
Aktiviti dekorasi cupcakes
Dhia sertai kelas deko cupcakes. Dekorasi cupcakes ini, akan dikenakan bayaran RM12 untuk satu sessi. Hasil kutipan ini akan di sumbangkan kepada Yayasan Salam Malaysia.
Seni kretif seterusnya, Dhia mengikuti aktiviti membuat taman daripada tanah liat. Aktiviti ini sangat bagus, dapat tingkatkan kemahiran motor kanak-kanak. Bermain sambil belajar di BeeBop Circus.
Misi bermain pula...
Aktiviti bergayut..ala-ala gimnastik ! Berani ! Asalkan Dhia rasa selamat baginya. Budak 2 tahun 12 bulan ni, memang dah mula berani mencuba semua yang ada.
Nak melompat...walaupun nampak seriau. Tapi, usah khuatir. Tempat ini selamat. Semua spesifikasinya sudah ikut piawai yang telah di tetapkan.
Adengan main dalam gelung, suka si adik. Pertama kali mummy bawa main cenggini. Walau kali pertama main, Dzal yang masih berumur setahun sembilan bulan tak gentar ! Sahut cabaran semua yang ada di sini. Chaiyukkk!
Si kakak, Dhia berlumba-lumba dengan adik main gegelung ini. Memang sakan habiskan masa di BeeBop Circus.
Selesai misi dua beradik ini, di majlis The Garden Party anjuran BeeBop Circus sempena ulang tahun kedua.
BeeBop Circus juga telah menganjurkan misi kebajikan dalam membantu pengumpulan dana untuk kanak-kanak kawasan Chow Kit, di bawah penjagaan Yayasan Salam Malaysia.
Pada hari ulang tahun kedua BeeBop, tiada bayaran masuk dikenakan untuk menyertai Garden Party. Cuma, hadirin yang datang boleh menyertai kelas kretif berbayar sebagai dana kepada TASKA dan Pusat Jagaan Baitul AMAL - Yayasan Salam Malaysia.
Dana yang diperoleh, akan digunakan untuk menampung kos pengangkutan, makanan, badut, dan hadiah untuk yang lawatan kanak-kanak ke BeeBop Circus dari TASKA dan Pusat Jagaan Baitul AMAL - Yayasan Salam Malaysia.
"Apabila kita mengetahui bahawa kanak-kanak datang bermain dan belajar ke BeeBop pada tahun 2015 ada menghadapi kesukaran datang ke BeeBop kerana mempunyai masalah kewangan. Kami terpaksa melakukan sesuatu untuk membantu lawatan mereka ke BeeBop Circus, "kata Shireen Yeoh, Pengurus Pembangunan Perniagaan BeeBop Circus.
"Kanak-kanak belajar dengan lebih baik melalui bermain. Program kami menyediakan merupakan rangka kerja yang bermanfaat, ini membolehkan kanak-kanak memahami dengan mudah konsep sains dan matematik melalui aktiviti bermain. Peluang ini sangat bermanfaat. Pengalaman istimewa sebegini harus direalisasikan, "katanya berkata dengan tegas.
Tahun lalu (2015), BeeBop Circus dengan sukarela telah menjadi penganjur dengan menaja lawatan dan aktiviti-aktiviti bersama dengan Yayasan Salam Malaysia untuk kanak-kanak di Chow Kit ini.
"Kita tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar kos asas mengekalkan pusat, seperti sewa dan utiliti, "kata Encik Md Ghani Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Salam Malaysia.
Pada yang ingin menderma tanda sokongan, boleh memindahkan sumbangan anda kepada: Developmental Play Sdn Bhd, ke nombor akaun CIMB:8003420938 sebelum 31 Mac 2016.
Sebagai tanda penghargaan, BeeBop Circus berjanji untuk menawarkan Kelas Seni dan Kraf secara PERCUMA (bernilai RM35) untuk setiap sumbangan sebanyak RM40.00 (minima).
Selain itu, boleh juga menangi kelas PERCUMA selama sebulan di BeeBop Circus. Hanya perlu tag gambar menarik anda di sana melaui hastag #beebopcircus . Semoga berjaya !
Jangan lupa emailkan butiran anda ke play@beebopcircus.com untuk pengesahan pembayaran dan penebusan kelas PERCUMA.
Untuk keterangan lanjut mengenai BeeBop Circus dan Yayasan Salam Malaysia :-
Website: BeeBop Circus
Facebook: https://www.facebook.com/BeebopCircus/
Instagram: https://www.instagram.com/beebopcircus/
Website: Yayasan Salam Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/YayasanSalam/
Alaaa.... Jauhnya nak ke PJ. Tp tempat ni nampak best je tuk anak main..
ReplyDeletelisa boleh main gak tak ? heheeh mcm menarik je
ReplyDeleteDkna: 10 minit dari Federal Highway
ReplyDeleteLisa: boleh je..jomsss ;)
menarik. tapi tu la jauh :(
ReplyDeleteWahh bestnya tempat main macam ni. Budak2 paling senang nak belajar dalam suasana seronok macam ni.
ReplyDeletebest nyerrr jadi budak..leh main2 cmtu..hihi
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com