Pertuduhan Salah Laku dan Pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol


Mula-mula terbaca berita ini. Pening sekejap ! Luak? Undang? Kene pecat sebab $%%^&* ? Tapi, paling mummy tertarik sebab kes ini dari Johol, Negeri Sembilan. Sebab apa tertarik nak baca?  Pertamanya, mummy tak berapa tahu adat Negeri Sembilan. Keinginan nak tahu tu tinggi ! Yang keduanya, arwah mak suami berasal dari Johol. Walaupun arwah mak mertua dah tak ada. Mummy kene tahu juga asal usul arwah mak. Sejarah tetap sejarah. Betul tak?

Cari info adat pepatih dulu, sebab Negeri Sembilan memang terkenal dengan ADAT PEPATIH.

TIGA KUMPULAN UTAMA ADAT PEPATIH IALAH:-

  • Perut
  • Suku
  • Luak
Luak ialah ketuai yang menjaga kawasan Rembau, Sg Ujung, Johol dan Jempul yang lain-lain tu baca sendiri ye. Paling penting, mummy nak fahamkan kes Luak dan Undang.

Pengistiharan Pemecatan Dato' Adat Undang Luak Johol .


Mummy dah baca serba sedikit tentang pemecatan Luak Johol ini, dan beberapa kes di sabitkan kesalahan secara ringkas, seperti salah laku.

Kronologi Pertuduhan Salah Laku dan Pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol

1. Y.T.M Dato' telah membenarkan perlantikan Allahyarham Hj. SULAIMAN bin KICHUT sebagai Tok Pawang dari suku yang lain.

2. Semasa kerjan Y.T.M Dato' yang diadakan pada 13 hingga 18 MEI 2018 sembelihan yang dibuat adalah lembu sedangkan dari segi adat Johol sembelihan mestilah 5 ekor kerbau untuk jamuan selama 5 malam.

3. Y.T.M telah menidakkan perlantikan Tok Pawang AMERUDIN bin ISMAIL sebagai Tok Pawang sedangkan perlantikan beliau sebagai Tok Pawang dibuat oleh anak-anak buah suku Biduanda Kebangsa.

4. Y.T.M Dato' pernah memalukan dan menjatuhkan air muka YAM Dato' Baginda Tan Mas di khalayak ramai.

5. Y.T.M Dato' tidak mahu menerima perlantikan Tn Hj. HASANUDDIN bin AHMAD sebagai Dato' Mengarang Buapak Yang 6.

6. Y.T.M Dato' telah melantik MOHD SHARI bin ABD RAZAK sebagai Tok Pawang sedangkan beliau cacat anggota badan (tempang).

7. Y.T.M Dato' tidak sepatutnya melantik MOHD SHARI bin ABD RAZAK sebagai Tok Pawang sedangkan beliau berkahwin dengan orang luar luak Johol.

8. Y.T.M Dato' telah mengelirukan orang ramai di dalam dan diluar luak johol dengan menamakan Balai Undang Johol sebagai istana kediaman DYTM Undang Luak Johol.

9. Y.T.M Dato' ketika menyambut hari Keputraan Yang Ke-75 telah melakukan perlanggaran adat.

10. Y.T.M Dato' pada sambutan Hari Keputraan ke-75, beliau tidak sepatutnya membenarkan isteri Y.T.M Dato' Pn, KHUZAIMAH bte RIDUAN memakai selimpang.

11. Y.T.M Dato' telah mewujudkan gelaran baru.

12. Y.T.M Dato' telah berkahwin secara senyap-senyap secara tanpa pengetahuan Dato-dato adat.

13. Y.T.M Dato' telah mengarahkan penebangan kayu balak untuk kepentingan peribadi di Tanah Hutan Gunung Tampin.

Kronologi Pertuduhan Salah Laku dan Pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol

Kronologi Pertuduhan Salah Laku dan Pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol


## 0734 - Rombongan Dato' Adat Undang Luak Johol berkumpul di rumah Dato' Baginda Tan Mas ( Kg. Tanggai, Johol )

## 0757 - Konvoi Dato' Adat ( l/kurang 6 biji kereta / 10 orang ) bergerak menuju ke Balai Undang Luak Johol tanpa penyertaan Dato' Baginda Tan Mas yang hanya menunggu di rumah beliau.

## 0805 - Konvoi sampai di Balai Undang Luak Johol dan hanya dimasuki oleh Dato' Jenang dan dua Dato' Adat dengan kereta Vellfire ke dalam Balai Undang Luak Johol.

## 0813 - Kesemua konvoi Dato' Adat masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol.

## 0838 - Dato' Jenang Undang Luak Johol sedang membacakan pertuduhan salah laku terhadap YTM Undang Luak Johol.

## 0854 - Along ( Anak YTM Undang Luak Johol ) bersama KPD Kuala Pilah dan OCS Balai Johol sampai dan masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol.

## 0907 - Konvoi Dato' Adat selesai membaca pertuduhan terhadap YTM Undang Luak Johol dan bergerak keluar menuju kembali ke rumah Dato' Baginda Tan Mas.

## 0914 - Konvoi Dato' Adat sampai di rumah Dato' Baginda Tan Mas.
Bermesyuarat berkaitan pertuduhan salah laku YTM Dato' Undang Luak Johol ( keputusan sepakat yang dibuat oleh Buapak Yang Enam adalah dengan memecat YTM Dato' Undang Luak Johol dari terus menyandang jawatan beliau ) dan prosedur-prosedur menyerahkan surat pemecatan serta mengambil semula Alat-Alat Kebesaran Undang Luak Johol.

## 1028 - Tok Batin Undang Luak Johol sampai di rumah Dato' Baginda Tan Mas.

## 1031 - Tok Jenang bersama seorang wakil Dato' Adat bergerak menuju ke Balai Polis Johol untuk buat report polis.

## 1039 - Tok Jenang buat report polis berkaitan pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol dan memohon kerjasama PDRM untuk mengiringi konvoi mereka masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol untuk menyerahkan surat pemecatan YTM Dato' Undang Luak Johol.( Johol Report: 108/16 @ bertarikh 27 MAC 2016 ).

## 1045 - Tok Pawang Undang Luak Johol sampai dan masuk ke dalam Balai Undang Luak Johol.

## 1228 - Dato' Nengarang ( Buapak Yang Enam ) membuat laporan polis di Balai Polis Johol berkaitan untuk mengambil Alat-Alat Kebesaran Undang Luak Johol ( 12 barang ) dari YTM Dato' Undang Luak Johol kerana beliau tidak layak menyimpan atas sebab telah dipecat dari menyandang jawatan tersebut. 

Sumber : Facebook

5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. Generasi baru macam SA memang x reti bab adat perpatih ni..complicated...

    ReplyDelete
  2. Huhuhuhu complicated jugak ni sis...

    ReplyDelete
  3. Boleh tanyakan kepada suami tu, apa suku arwah emaknya? Jika tahu maka suami puan azlinda alin juga mewarisi suku yang sama. Simple.

    Silap-silap sama suku..

    ReplyDelete
  4. Waris Sedia Raja Rembau7 June 2016 at 08:25

    Undang bukanlah dewa, bukanlah malaikat, bukanlah juga makhluk istimewa yang takkan buat silap, salah, salahlaku mahupun mungkin jenayah, mereka manusia dan sememangnya seperti manusia lain juga.

    Sejarah luak2 ada beberapa kali mencatatkan beberapa undang yang dipecat akibat pelbagai salahlaku, selain perlantikan mereka yang kemudiannya didapati tidak sah kerana identiti teriti dan kedudukan suku yang mereka sembunyikan kerana tidak berkelayakan atau ketiadaan hak.

    Keadaan itu semua masih berlaku kini, bukan sahaja dikalangan undang, tetapi juga melibatkan datuk2 lembaga adat dimana kepentingan pada kemegahan jawatan dan pengaruh wang ringgit memperkukuhkan kedudukan mereka.

    Adalah wajar perlantikan undang dan para lembaga adat kelak selain mesti mempunyai teriti kesukuan yang sah, bahkan juga mesti mempunyai tahap kelulusan akademik yang tinggi dan pengetahuan agama yang mantap, selain berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan sebagai kriteria yang mesti ada sesuai dengan jawatan, peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pentadbir masyarakat, luak sama ada dari segi adat, budaya mahupun agama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post