LARIAN BERTEMAKAN SUPERHERO | Superheroes Race 17 April 2016 di Matic Jalan Ampang
Rata-rata kesedaran bersukan di kalangan rakyat Malaysia sangat tinggi. Begitu juga dengan mummy dan daddy. Tapi, paling kerap bersukan, tentulah daddy..encik suamiku. Seminggu sekali pasti ke futsal, badminton atau ping pong. Mummy pula, buat masa ni buat zumba sahaja. Sebab senang bawa anak ! Itupun sebulan sekali dua kali je. Ok lah kan..ada juga aktiviti untuk keluarkan peluh dan pecahkan lemak..dari tak bersukan langsung. Dan, baru-baru ini...mummy dapat berita ada larian bertemakan SUPERHERO - Superheroes Race 2016. Wah ! Larian pun ada tema tu ...
Selalunya dinner atau majlis tertentu je buat acara atau pakaian bertema. Best pulak rasanya, larian bertema gitu. Lain dari yang lain. Mummy dan daddy pun ada t-shirt superhero gak ! Costume superhero je tak ada lagi.
NAK MEDAL LARIAN DALAM SUPERHEROES RACE 2016 ?
Senang je...Untuk layak mendapatkan medal, peserta harus menghabiskan larian 3KM selama 30 minit, manakala 10KM dalam masa 60 minit (bersamaan 1 jam) dan 15km dalam masa 120 minit (bersamaan 2 jam). Pada yang dah biasa sertai larian seperti ini. Pastinya, tak gentar untuk habiskan masa larian dalam tempoh yang di tetapkan.
Jom kita berlari di Superheroes Race 2016 di Matic Jalan Ampang (berdekatan Saloma Bistro) Kuala Lumpur pada 17 April 2016 jam 6 - 11 pagi.
Keterangan lanjut, boleh layari www.superheroesrace.asia dan run.tixtac.com
Bestnyaaa.. tapi tak free pula masa tu. Kalau tak boleh pakai baju powerpuff girl.. ekekekeke
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com