MAKAN MALAM PILIHAN TERBAIK YANG SANTAI DI AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ, SUBANG BESTARI
Hujung
minggu baru-baru ini, mummy awal-awal plan dan beritahu daddy. Malas nak masak,
nak gantung kuali katanya ! Hehehe. Sekali sekala malas. Tak salah,kot ! Bila daddy
setuju.. terus mummy mengajak daddy untuk makan malam di Subang Bestari, tak
jauh dari rumah mak di Kampung Melayu Subang. Walaupun kerap balik ke Subang
hantar mak atau ambil mak Subang-Kajang-Subang. Sebab mak tolong mengasuh anak
kami. Tapi, lama juga tak bermalam di rumah mak. Dah terlanjur balik Subang tu.
Kita singgah Makan Malam terus di AA Supergrill Kambing Bakar BBQ.
AA
Supergrill KAmbing Bakar BBQ ini di miliki oleh Encik Aslam dan Audi. Dari situ
datang ilhamnya meletakkan nama “AA”. Tapi rahsia di sebalik branding “AA” itu
ialah gred atau nilai sebenar Kambing Bakar ini. Gred AA (double A) !!
APA BEZA KAMBING BAKAR LAIN DENGAN AA SUPERGRILL?
Susah nak cakap sebenarnya, sebab mummy bukan penggemar makan kambing. Lebih-lebih lagi yang berbau kambing yang hamis tu. Boleh di katakan, beberapa kali je mummy makan kambing. Nak tahu apa bezanya...baca sampai habis ye.MENYESAL DINNER DI AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ SUBANG BESTARI?
100% memang tak menyesal datang makan AA Supergrill Kambing Bakar BBQ. Rasa masakannya sangat SEDAP setanding dengan gred AA nya. Seperti yang mummy katakan tadi.. Secara jujurnya, mummy kurang makan kambing. Sebab tak berapa selesa dengan baunya. Tapi, berlainan pula dengan masakan di AA Supergrill Kambing Bakar BBQ, langsung tak ada rasa hamis. Sepinggan mummy kasi perabih !
SOS BBQ AA SUPERGRILL
Manakala sos BBQ nya yang di buat sendiri tu. Sangat sedap. Dhia laju je makan !
Manakala sos BBQ nya yang di buat sendiri tu. Sangat sedap. Dhia laju je makan !
Hidangan AA Supergrill Kambing Bakar BBQ bersos - PERCUMA roti
Hidangan AA Supergrill Kambing Bakar BBQ Tanpa Sos - PERCUMA roti
TESTIMONI MAKAN DI AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ
Ada dua orang yang cerewet datang makan. Iaitu Mak mummy dan mummy sendiri. Mak memang seorang yang agak cerewet dengan masakan luar. Sebab tak makan ayam, sesetengah sos tu ada campuran stok pati ayam atau kiub ayam. Dan, kalau tak kene tekak. Mau meloya. Alhamdulillah, mak boleh makan Kambing Bakar di AA Supergrill. Bila kami bertanyakan hal ini pada Encik Aslam. Encik Aslam berkata, dia tidak menggunakan kiub segera seperti itu.
Kambing bakar sos merecik. Budak 2 tahun 11 bulan ni pun laju makan !!
Highly recommended !! Terima kasih Encik Aslam (owner) sudi melayan kami sekeluarga makan malam di AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ. Seronok berborak, rupanya macam-macam bisnes Encik Aslam ini ada. Homestay pun ada. Eh..tecerita di sini pula !
Ok, pada yang tercari-cari tempat makan KAMBING BAKAR YANG SEDAP. Tempat makan malam menarik yang boleh lepak-lepak. Jom ke AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ, Subang Bestari.
LOKASI AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ
Perjalanan kami dari Kg Melayu Subang ke Subang Bestari mengambil masa dalam lebih kurang 15 minit. Boleh juga menggunakan waze AA Supergrill.
AA Supergrill Kambing Bakar BBQ terletak berhampiran dengan Restoran Nasi Ayam Tat. Mudah je nak cari.
SUBANG BESTARI
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari 40150 Shah Alam Selangor
Perjalanan kami dari Kg Melayu Subang ke Subang Bestari mengambil masa dalam lebih kurang 15 minit. Boleh juga menggunakan waze AA Supergrill.
AA Supergrill Kambing Bakar BBQ terletak berhampiran dengan Restoran Nasi Ayam Tat. Mudah je nak cari.
SUBANG BESTARI
Jalan Nova U5/N, Subang Bestari 40150 Shah Alam Selangor
Waktu operasi :
Isnin-Khamis : 630ptg-1030mlm
Jumaat -Sabtu : 630ptg-1200mlm
Ahad tutup
Cawangan AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ:
👉Dungun, Terengganu
👉Seksyen 9, Bandar Baru Bangi (berdekatan Maybank) - BUKA SETIAP HARI
No phone : 019-6340294
Tagline : " Mok Kito Maroh Jual Mahal "
AA SUPERGRILL KAMBING BAKAR BBQ juga menerima tempahan untuk majlis korporat, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis kahwin, majlis tunang dan lain-lain.
Sos dan kambing frozen juga ada dijual.
Delivery di sediakan di sekitar Shah Alam
singgah pagi ♥
ReplyDeletenieyl ngan en.husband mmg suka makan kambing bakar ni..
boleh la nnt ajak try...
thanks for sharing ♥
sedap..nak tambah malu kan..so..habiskan tu je...itupun dah kenyang...berbaloi dan murah
ReplyDeleteHehehe nampak sedap..tapi akk tak mkn kambing...akif iman dan abah dia jer yg makan...
ReplyDeletetak jumpa kedai
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com