TIDAK SIHAT? PILIH KAEDAH PERUBATAN KONVENSIONAL ATAU PERUBATAN ALTERNATIF SEMULAJADI ?
Salam Isnin semua. Sihat ke hari ini? Ramai yang tidak sihat pada musim panas ini dan cuaca sedikit jerebu ini kan? Kalau tak sihat, apa patut di lakukan ye? Pilihan macam mana yang di pilih? Mummy
akui, mummy seorang pengamal suplemen. Suplemen ini sebagai protection. Bukan makan pada musim tak sihat. Di kala sihat pun, mummy akan makan. Jika tidak sihat pula. Perkara utama, wajib berjumpa dengan doktor dan
makan ubat yang doktor berikan. Tetapi, apabila penyakit itu berlarutan dan
tidak dapat di sembuhkan. Insyaallah mummy akan cuba untuk berubat kaedah lain.
Antara kaedah yang mummy percayai ialah Perubatan
Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy).
Apakah itu Perubatan
Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy)?
Perubatan
Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy) berdasarkan kepercayaan, bahawa
badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia
mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit
jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati
dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif
yang berasaskan kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan
konvensional.
Berapa ramai
Naturopath di Malaysia?
Di
Malaysia terdapat 300 naturopath berdaftar bawah Persatuan Pengamal Utama
Naturopati Malaysia. Mereka menyediakan kursus dan pendidikan di pusat
naturopati seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga,
homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan
semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong
persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka
melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman,
keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan
rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara
perubatan konvensional dan naturopati.
Apa yang Naturopati
boleh bantu?
Naturopati
boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih
baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh
itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang
bertauliah) untuk memeriksa tahap
kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti
selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti
penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).
Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, Pusat Rawatan Perubatan Alternatif dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.
Tertubuhnya
Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut.
Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti
Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang
pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Yusmizee
Naturopathic Centre juga menawarkan 3
harga yang berpatutan ;
1)
Harga untuk rawatan pesakit biasa.
2)
Harga untuk rawatan VVIP.
3)
Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.
Kursus Naturopati
Selain
menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan
kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.
Rawatan Di Yusmizee
Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka
Rawatan
di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas
wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.
Yusmizee
Nuropathic Centre terdapat pelbagai rawatan semulajadi di sediakan seperti
rawatan resdung, rawatan bekam,rawatan sakit pinggang,terapi pembetulan sakit
tulang belakang,akupuntur sinergi , urutan tradisional dan juga penawar herba
hemopati.
Selanjutnya, boleh hubungi :-
Persatuan
Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat
Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Alamat
: Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Telefon : 012-3556736
Facebook
: Yusmizee Naturopathic Centre
wahhh ini macam menarik nih...
ReplyDeletememang teringin nak cuba rawatan Naturopathy macam ni.. ye lah kalau boleh tak nak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.. kan..! lagi pulak ubat2 ni selalunya ada ada kesan sampingan di masa hadapan kan..
ReplyDeleteDah cuba buat rawatan resdung kat Yusmizee..ok dah nampak hasilnya,. Alhamdulillah.
ReplyDeleteade rawatan utk penyakit resdung..leh cuba ni..
ReplyDeletePernah baca tentnag ni jugak beberapa bulan lepas..femes tempat ni kat Melaka
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com