7 Zikir dan Ayat Al Quran Mudahkan Pintu Rezeki Terbuka - Salam Jumaat semua, lama mummy tak buat perkongsian di hari Jumaat. Sebenarnya setiap perkongsian dalam blog mummy ini, untuk peringatan dan rujukan pada diri sendiri. Kita sebagai manusia kadang-kadang cepat lalai dan cepat mengeluh. Lelagi bab rezeki. Siapa pernah rasa rezeki tu tak cukup. Dapat duit, habis..dapat habis.
Ini sebenarnya, poket bocor ! Orang kata.
Atau kita lupa ,,,,sebenarnya rezeki tu boleh datang dari macam-macam rupa. Rezeki anak, rezeki dapat beli rumah, beli kereta dan macam-macam lagi !
7 Zikir dan Ayat Al Quran Mudahkan Pintu Rezeki Terbuka
1.Memperbanyakkan Membaca – La hawla Wala Quwwata
Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin –
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin
maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi
Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim.
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH
Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR.
AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH:
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan
diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI:
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH
akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR:
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia
dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak
diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
SubhanaAllah...bagus sekali perkongsian mama linda...julia suka poin nombor satu tu...nak amal mulai sekarang...terima kasih dear
ReplyDeletebiasa nya sholat dhuha bisa melancarkan rezeki.....
ReplyDeletesenang je kaedahnya tapi nak istiqamah tu yang susah
ReplyDeleteLa hawla Wala Quwwata Illa billah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Perkongsian yang bermanfaat..
ReplyDeleteGood sharing Linda, semoga pahala untuk Linda berkekalan.. aamiin ya rabb..
ReplyDeleteNice entry sis :) Semoga bermanfaat
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com