AKAUN MOF VS AKAUN ASAS - PELUANG USAHAWAN UNTUK MENDAPATKAN JOB DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA 2017
Beberapa hari lepas, mummy dan rakan setugas dipanggil ke taklimat E-perolehan. E-perolehan ini adalah medium untuk syarikat mendapatkan informasi, transaksi dan juga job dari Kerajaan Persekutuan. Orang selalu panggil MOF atau Sijil Kewangan. Sebenarnya, apa-apa pun kene lalui sistem e-perolehan.
Apa yang best, tahun depan - 2017...Kementerian Kewangan (MOF) buat satu akaun lagi. Kalau sebelum ini ada akaun MOF. TApi kali ini akan ada tambahan akaun asas.
Para usahawan boleh mendaftar dengan akaun asas secara PERCUMA. Kalau sebelum ini, nak buka akaun MOF berharga RM450 (maksimum 10 bidang).
Cumanya akaun asas ini terhad, transaksi maksimum dalam RM20,000 setahun sahaja. Berbanding dengan akaun MOF tender RM1 juta pun boleh masuk.
Sebab tu mummy katakan akaun asas ini, untuk membantu para usahawan kita. Mungkin ada yang nak supply kuih ke air ke. Apa-apa yang bernilai tidak lebih RM20,000 setahun.
Erm,,,,macam nak register gak lah akaun asas ini tahun depan ! Tapi, nak kene fikir dulu, apakah 10 bidang yang boleh kami masuk.
Selalunya, apa yang mummy nampak...tender atau sebut harga bawah RM500K ini, bumiputra senang dapat.
Company tempat mummy kerja, belum dapat status Bumiputra, dari 2012 masuk tender...satu pun tak pernah lekat. Kesian,kan ! Macam sia-sia je buat kerja tender tu...huhu
Nak buat macamana ! Mummy yang menurut perintah. Bukan susah pun nak dapatkan status Bumiputra ni sebenarnya. Hhrm....tapi.......biarlah mereka mereka itu buat keputusan !
Ok lah ! Mummy nak sambung kursus 2 hari pula ni di KDN. Fuh ! 3 hari tak masuk ofis.
Bagaimana nak daftar
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com