KELAS MUZIK PERTAMA PIANO UNTUK DHIA 3 TAHUN


KELAS PIANO - KELAS MUZIK PERTAMA UNTUK DHIA 3 TAHUN DAN DZAL 2 TAHUN DI KAJANG TTDI GROVE


Tak pernah terfikir nak hantar anak ke kelas muzik PIANO ini. Walaupun tahu muzik bagus untuk tumbesaran dan daya pemikiran anak. 

Hinggalah mummy berjumpa dengan tuan kedai kek (tempat beli kek hari jadi Dhia). Tuan kedai ini buka kelas muzik - piano. Kami terus ambil pamplet dan tanya tentang harga kelas ini.

Kelas piano ini hanya berharga RM70 sebulan sahaja. Wah !!!!! Murah sangat ni. Tapi, kelas ini ambil pelajar yang berumur 6 tahun ke tas, yang boleh membaca dan faham arahan.

KELAS PIANO - KELAS MUZIK PERTAMA UNTUK DHIA 3 TAHUN DAN DZAL 2 TAHUN DI KAJANG TTDI GROVE

Mummy tanya-tanya juga. ..boleh ke nak hantar umur Dhia 3 tahun ini. Cikgu tu, minta mummy bawa Dhia. Nak test dulu samada Dhia ini jenis macamana.

KELAS PIANO - KELAS MUZIK PERTAMA UNTUK DHIA 3 TAHUN DAN DZAL 2 TAHUN DI KAJANG TTDI GROVE

Hujung minggu lepas, mummy bawalah dua beradik ini ke kelas PIANO. Nasib dekat je dengan rumah. Kelas piano ini berada di taman sebelah rumah kami - Taman TTDI Grove Kajang. Bawa sengsorang tanpa daddy. Bukan masalah dah hehehe.




Dhia agak takut..sebab sengsorang masuk kelas PIANO. Cikgu ni ajar one-to-one. Tak nak Dhia takut, mummy dah adik masuk dalam kelas ini sekali. 

 KELAS PIANO - KELAS MUZIK PERTAMA UNTUK DHIA 3 TAHUN DAN DZAL 2 TAHUN DI KAJANG TTDI GROVE

Cikgu ajar tekan-tekan dulu. Bila nampak Dhia boring. Beralih kepada sesi melukis. Dan, sambung balik mengajar menggunakan dua jari.


Pada awalnya, Dhia gunakan satu jari (jari telunjuk) untuk tekan not di PIANO. Cikgu minta Dhia kembangkan jari dan belajar tekan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Alhamdulillah...Dhia boleh ikut arahan.

Cikgu tu willing ajar Dhia. Tapi, dia kata...umur Dhia takkan terus pandai main PIANO. Belajar secara pelahan-pelahan. 

Kami suami isteri bukan nak jadikan Dhia penghibur atau artis..Cuma ...kami nak Dhia multitasking.. Belajar untuk mengenal muzik. Belajar semua benda.

Mummy juga ada terbaca kebaikan bermain PIANO ini :-
Teori itu diperkukuhkan dengan penemuan menakjubkan oleh dua pakar psikologi, Dr. Frances Ruascher dan Dr. Gordon Shawl sekitar akhir tahun 90-an, melalui eksperimen mereka yang mengaitkan muzik dengan kebolehan menggunakan akal fikiran terhadap sekumpulan pelajar.
 
Hasil kajian selama dua tahun itu mendapati kanak-kanak yang diajar bermain piano dan keyboard mempunyai kebolehan berfikir 34 peratus lebih baik daripada yang menerima latihan menyanyi, komputer atau tidak menerima apa-apa latihan.

Secara keseluruhan pula, kajian juga menyatakan muzik berupaya meningkatkan fungsi otak yang diperlukan dalam bidang matematik, sains, kejuruteraan dan permainan catur.

Wallahualam...ok nanti kita tengok kelas seterusnya Dhia macamana. Dhia ini sebenarnya minat main gitar berbanding PIANO. Tapi, tak pandai baca lagi..macamana nak baca note GITAR tu,nak !

 

KELAS PIANO - KELAS MUZIK PERTAMA UNTUK DHIA 3 TAHUN DAN DZAL 2 TAHUN DI KAJANG TTDI GROVE   

KELAS PIANO - KELAS MUZIK PERTAMA UNTUK DHIA 3 TAHUN DAN DZAL 2 TAHUN DI KAJANG TTDI GROVE

Adiknya pula, memang minat muzik...Dzal paling suka PIANO dan DRUM.




3 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. wow amazing ni linda.
    aida memang nak suh anak2 belajar piano ni.
    but tu la. sibuk dgn hal skola.
    nanti la dulu...

    ReplyDelete
  2. jalan2 jumpa post ni..tengah pikir nak hantar anak kelas piano

    ReplyDelete
  3. murah tu RM70 sebulan. dekat mana tempat nya? ada landmark tak puan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post