Sekitar majlis Dhia Batrisya yang ketiga (3) tahun. Majlis kali ini, kami sambut kecil-kecilan je. Yang hadir pada birthday Dhia Batrisya kali ini ialah dari ahli kaum keluarga iaitu adik beradik dan ipar duai. Dalam 18 orang dewasa dan 14 orang kanak-kanak. Besarkan keluarga kami ! Penuh satu Mc Donalds, Kajang Perdana.
Sebenarnya, program ini..adalah last minit juga. Pada awalnya, kami bercadang nak buat makan-makan di rumah sahja. Tapi, bila memikirkan masa nak masak, masa untuk mengemas rumah, aish....macam tak sempat je.
Masa mummy memang agak terhad, sebab banyak masa akan di habiskan dalam bilik nanti (breastfeeding anak). Tak nak jadi macam open house aritu. Tak dapat bermesra dengan tetamu. Lepas tidurkan seorang..kene tidurkan seorang lagi. Of course la tidur nak nenen mummy kan.
Ketika itu, daddy la superhero...sengsorang layan tetamu..sengsorang hidangkan itu ini. Nak panaskan lauk lagi.
Bincang punya bincang, daddy setuju nak buat di Mc Donalds sahaja. Kebetulan, ahli keluarga kami ini, ramai kanak-kanak. Kami berniat nak hiburkan hati anak-anak.
Majlis di mulai dengan bacaan doa oleh adik ipar.
Selesai bacaan doa..kita makan dulu.
KENAPA PILIH MC DONALDS SEBAGAI TEMPAT HARI JADI DHIA BATRISYA?
- Dekat dengan rumah, depan rumah je.
- Semua akan di organize kan oleh pihak Mc D. Dari segi games, persiapan tempat, hidangan makanan, dan lain-lain
- Ada 2 games untuk tetamu. Pada yang menang akan dapat hadiah !
- Tak penat nak mengemas lagi !
- Tak payah bayar sewa kerusi, meja dan tempat majlis hari jadi !
Ha..banyak lagi senangnya buat birthday anak kat sini...selesai majlis boleh balik tidur dengan bahagia hehehehe.
2 GAMES SEMASA BIRTHDAY DHIA BATISYA DI MC DONALDS KAJANG PERDANA
Pertama sekali, games cari barang. Memang kelakar sedikit ! Berpusu-pusu memasing berlari cari barang. "Barang pertama, siapa boleh berikan saya note RM5", kata organizer Mc D. Pak abang (adik asben) orang pertama menang. Selain itu, kene cari belon warna oren, berikan telefon bimbit dan banyak lagi. Nak menang kene jadi org yang pertama tunjukkan barang yang di minta.
Games kedua, passing belon (untuk budak-budak). Sambil lagu di pasangkan...belon kene pass pada orang sebelah. Bila muzik berhenti. Orang yang pegang belon kene keluar dari group itu. Games kali ini. Dhia menang ! Yeay !!
Acara seterusnya, potong kek Hello Kitty.
Dan akhir sekali, birthday girl berikan door gift pada sepupu-sepupu yang hadir !
Untuk yang dewasa mummy customize juga doorgift, ada bihun goreng, air mineral dan sedikit jajan.
Dhia suka sangat ! Terasa diri macam princess sekejap !
Next...birthday Dzal Aidi Fiqry pulak..bulan 6. Dah 2 kali birthday dia jatuh pada bulan puasa. Tengok lah nanti macamana nak buat !
wahh bestnya.. happy besday Dhia.. semoga jadi anak yang bijak yer sayang..
ReplyDeleteHappy belated besday dhiaaaaa....seronok kan kumpul ramai-ramai...happy je muka dhia
ReplyDeletewah meriah...amboi Dhia...sure seronok sangat tu kan..Dzal nyer birthday sama ngan aunty bulan 6
ReplyDeleteBesntnya birthday celebration Dhia. Meriah, ramai family yang datang. Happy belated birthday Dhia Batrisya =)
ReplyDeletebest nyer.
ReplyDeletemeriah la linda.
terbaik planning :)
manarik jugak ni.. semua kos agak berapa eh mummy ?
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com