BANDUAN PENJARA KAJANG BERJAYA DI TAHAN

Entri lepas mummy, ada mummy ceritakan kes banduan terlepas dari Penjara Kajang. Akhirnya banduan yang terlepas tempoh hari berjaya di tangkap polis. Alhamdulillah..apapun kene berhati-hati juga kan.. takut juga..

BANDUAN PENJARA KAJANG BERJAYA DI TAHAN


Semalam, Sabtu..Seorang banduan lelaki yang melarikan diri ketika sedang menerima rawatan di Hospital Kajang berjaya ditahan semula di tapak pembinaan sebuah apartmen di Jalan PJU 10/9 Prima Damansara, Petaling Jaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, penahanan banduan berusia 44 tahun itu adalah hasil maklumat daripada orang awam.

“Bertindak atas maklumat sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan suspek dikatakan cuba melarikan diri dengan cara terjun ke tingkat bawah sebaik menyedari kehadiran polis.

"Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan suspek yang telah melarikan diri sejauh 700 meter dari tempat dia jatuh selepas terjun," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan yang dilakukan pihak mengesahkan lelaki tersebut merupakan banduan yang sememangnya dikehendaki pihak polis setelah melarikan diri dari Hospital Kajang kira-kira pukul 9.15 malam, Rabu lalu.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada jagaan yang sah," ujarnya. - 



sumber : K! ONLINE

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post