LIFETIME MERAIKAN IBU-IBU MODEN CEKAL DENGAN PELBAGAI MINAT DALAM KEMPEN “MOTHER 2.0”
Adakah anda seorang Mother 2.0? Jom sertai MOTHER 2.0 untuk menghargai ibu-ibu yang mengubah stereotaip untuk mengasuh anak
Mummy seorang isteri kepada seorang suami, ibu yang berkerjaya serta blogger sambilan. Merupakan pengalaman yang paling berharga ! Jawatan yang di sandang sebagai seorang ibu ini, sangat-sangat berbeza dengan pengalaman sebelum menjadi seorang ibu ! Pengalaman hari-hari bersama keluarga dan anak-anak yang mematangkan diri ini.
- Dari tak pandai masak, mummy dah boleh masak.
- Tak pandai bermain dengan anak kecil, bila ada nak. Mummy boleh bermain dengan anak kecil.
- Dari tak pandai tidurkan bayi. Bila bersalin anak kecil. Mummy dengan sendirinya boleh tidurkan mereka.
- Geli cuci berak bayi..bila ada anak. Semua tak geli lagi !
Menjadi seorang ibu, adalah pengalaman yang tidak dapat di jual beli.
Ibu-ibu zaman sekarang sememangnya penyayang, penyabar dan sangat berdedikasi. Mereka juga sahabat baik, penasihat, teman membeli-belah dan bersenam, teman bercuti dan mentor anak-anak mereka. Ibu-ibu yang telah ‘dinaik taraf’ dan diberi nama “Mother 2.0” oleh Lifetime ini melalui perubahan mengikut peredaran zaman. Mereka ini turut menguasai kemahiran-kemahiran mengagumkan seperti ashtanga yoga, kebolehan ubah-suai diri dalam masa 5 minit, menjalankan pelbagai tugas serentak dan banyak lagi.
Untuk menghargai ibu-ibu Mother 2.0 ini, mummy ingin beritahu bahawa Lifetime dengan bangganya mengadakan kempen Hari Ibu bagi meraikan wanita-wanita istimewa. Dengan prinsip tersendiri, mengubah stereotaip untuk menjadi ibu dengan cara yang tersendiri. Semua ibu-ibu di luar sana boleh menjadi sebahagian daripada revolusi Mother 2.0 Lifetime.
Kisah Video Mother 2.0
Antara empat personaliti Mother 2.0 akan berkongsi kisah dan pendirian mereka di laman Facebook dan laman web Lifetime Asia! Kenali ibu-ibu ini dan kongsi kisah mereka dengan ibu-ibu lain:
- Puteri Kirana, seorang pelagak ngeri motosikal yang sukakan adrenalin.
- Nisa Hadian, seorang jurutera pelantar minyak yang suka membuat kek.
- Ammetta Malhotra Bergin, seorang jurulatih peribadi dan pemilik Target Fitness Gym.
- Jayvy Chin, seorang ibu bertatu yang meminati seni tatu.
Ibu-ibu ini dan ramai lagi ibu-ibu lain, membuktikan yang kehidupan seorang ibu bukanlah terhad seperti yang ditetapkan oleh tradisi lama.
Apa yang lebih penting, menjadi ibu tidak bermakna seorang wanita harus melupakan minatnya dan menghalangnya daripada menjadi individu dengan keunikan tersendiri.
Seperti mummy juga, minat untuk menulis di blog dan kongsikan kisah anak-anak, kisah kehidupan dan lain-lain memang tak boleh nak di halang lagi ! Segala memori mummy ingin abadikan di blog.
JOM MENANGI TIKET WAYANG SEMPENA MOTHER 2.0 - LIFETIME
Jangan lupa ye, kongsi kisah mummy mummy, ibu-ibu di luar tu dengan Lifetime. Mummy pun nak inspirasi juga !
Caranya, hanya hantarkan kata-kata Hikmah Mother 2.0 (Mother 2.0 Wisdom) versi Bahasa Melayu atau Inggeris melalui gaya bahasa tersendiri di SINI
Lima kisah asli dan menarik akan memenangi peluang untuk menghadiri sesi tayangan esklusif ‘Mother’s Day’ (set empat tiket wayang) pada Ahad, 8 Mei di TGV Sunway Pyramid bersama personaliti-personaliti Mother 2.0!
Peraduan ini akan berakhir pada 5 Mei 2016
Mummy dah join.. jumpa di sana nanti ye .. eh..eh..eh hehehehe
Selanjutnya di : www.facebook.com/LifetimeAsia dan www.lifetimeasia.com!
wahhh menarik.. boleh cuba join!
ReplyDeletealamak. ari ni la 5 mei !
ReplyDeleteAkak tak pernah sambut Mothers Day...
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com