Selepas Berlepas dari Paris | Pesawat EgyptAir MS804 Menuju ke Kaherah Dilaporkan Hilang Dari Radar
Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar | Semalam baru je mummy buat survey tiket kapal terbang untuk bercuti dengan keluarga. Kekonon, hari ini nak buat final decision dengan encik asben. Tak lama selepas berdiskusi. Terbaca pulak berita kes kapal terbang hilang. Baru je beberapa minggu lepas kes helikopter terhempas di negara kita. Ya Allah, macam-macam sekarang ini. Kali ini Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah hilang dari radars elepas berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam Selasa (waktu tempatan).
5 Kisah Tentang Pesawat EgyptAir MS804 Menuju ke Kaherah Hilang dari Radar
1. Jenis pesawat
Pesawat EgyptAir MS804 itu adalah jenis Airbus A320 dengan ketinggian 11.76 meter dan kelebaran 37.57 meter.
2. Laluan pesawat
Pesawat itu berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam (waktu tempatan) dan sepatutnya sampai di Kaherah pada pukul 3.15 pagi. Kapten pesawat dilaporkan mempunyai pengalaman sebanyak 6,000 jam penerbangan.
3. Jumlah orang dalam pesawat
Terdapat 56 penumpang dan 10 kru termasuk tujuh anak kapal dan tiga pegawai keselamatan dalam pesawat itu. Laporan awal mendedahkan penumpang termasuk dua orang bayi.
4. Tempat dan ketinggian
Pesawat EgyptAir MS804 berada pada ketinggian 37,000 kaki dan dilaporkan hilang sejurus selepas memasuki ruang udara Mesir.
5. Kenyataan EgyptAir
EgyptAir, melalui laman Twitter rasminya berkata ia telah menghubungi pihak berkuasa berkenaan dan pasukan penyelamat sedang melakukan pemeriksaan.
macam2 sekarang ni..hmmm
ReplyDeleteNebes jugak masa kes Helicopter tu... dalam perjalanan balik dr KB - KLIA2 hu hu hu Alhamdulillah tak jadi apa-apa.
ReplyDeleteSemoga allah permudahkan buat mereka...Amin...
ReplyDeleteAllahu..pesawat hilang lagi..semoga selamat la semuanya...
ReplyDeleteSalam dari Blogger Sarawak.
ReplyDeleteDone Follow #348..
Jemput singgah ke blog saya ye..
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com