Bila sebut nak raya, mesti teringat kampung halaman. Kan? Dengar lagu raya pun, teringat kampung halaman juga. Allahuakbar...betapa seronoknya beraya Aidilfitri ni,kan? Ni lah masanya untuk kita bermaaf-maafan sesama kita. Masa untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat handai. Tapi..dalam bersuka-suka tu, jangan lupa jaga keselamatan diri dan rumah di Aidilfitri.
Bagaimana nak jaga keselamatan rumah yang kita tinggalkan sempena Raya Aidilfitri? Jom baca tips di bawah ini :-
13 TIPS SELAMAT PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH SEBELUM BALIK KE KAMPUNG BERAYA AIDILFITRI 2016
- Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalakn rumah walaupun keluar sekejap sahaja.
- Jangan sembunyikan kunci dalam pasu
- Jangan tinggalkan nota bahawa kita nak tingglkan rumah
- Jangan langgan apa-apa surata khabar apabila tiada di rumah
- Tukat mangga kunci yang baru. Jika pernah kehilangan anak kunci yang lama
- Elakkan tinggal kunci pada orang lain
- Simpan tool, tangga atau alatan membaiki di tempat selamat utnuk elakkan peneroboh menggunakkan tools.
- Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radioa, lampu terpasang atau pasang timer (alatan kawalan )
- Jika ada telefon di rumah, cabut wayar..
- Serati program kejiranan, bersama polis dan komuniti
- Berikan no telefon kepada Balai Polis yang berdekatan
- Pastikan kawasan rumah bersih dari lalang atau semak samun (untuk elakkan penyamun bersembunyi) - untuk rumah teres
- Pastikan sekitar pagar tidak mempunyai pokok yang boleh penceroboh memasuki rumah dengan mudah (untuk rumah teres)
ISI BORANG MAKLUMAT KE BALAI POLIS SEBELUM BALIK KE KAMPUNG CUTI AIDILFITRI 2016
Klik gambar untuk muat turun borang
Tips lain, sebelum balik ke kampung sebelum bercuti sambutan Aidilfitri 2016. Jangan lupa isi borang balik kampung. Hantar ke Balai Polis berhampiran rumah je. Mudah,kan !
Mummy doakan semoga perjalanan kawan-kawan mummy selamat utnuk berhari raya bersama insan tersayang. Pandu cermat ye. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
Selamat hendaknya semua kawan2..selamat Hari Raya..
ReplyDeleteBaru tau pasal borang tu..tq share tips..
ReplyDeletebagus...ramai kurang tahu
ReplyDeleteOoo ada borang rupanya. Tak pernah tahu. Tq share kak azlinda 😊
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com