Claire Organics | DIY Skincare Pengalaman Buat Produk Kecantikan Sendiri

DIY BEAUTY SKINCARE | BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI DENGAN CLAIRE ORGANICS

Ahad lepas, bertempat di Da:men Subang Jaya, mummy ada ikuti satu kelas untuk buat sendiri produk kecantikan muka (Workshop DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN). Mula-mula macam blur je tentang kelas ini. Bila dah join kelas DIY BEAUTY SKINCARE - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI DENGAN CLAIRE ORGANICS. Teruja sangat, dapat buat produk sendiri. Terasa macam duduk dalam makmal kimia untuk buat eksperimen pulak ! Rindu makmal zaman sekolah huhu. 

Mummy ada janji dalan facebook dan instagram mummy untuk kongsikan resipi kecantikan - DIY Skincare ini. Hari ini, mummy tunaikan janji ye... Tak ada dah hutang janji lagi ! Yeayyyy...Lega sekejap.... (hahaha... sapa suruh berjanji, kan dah kene tunaikan)


Workshop DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS


 Workshop DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

Kelas dah mula, acah-acah busy buat produk kecantikan. Penuh meja dengan bahan-bahan asli dan organik. Tak ada bahan kimia merbahaya dan tak ada paraben. Semua selamat bahan di sini, walaupun feeling seperti buat eksperimen untuk subjek Kimia (fuh..seriau dengar subjek KIMIA ohooooi !)


DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

Carrier oil dan Essential Oil yang mummy tersuka tanpa sengaja iaitu jojoba oil dan lavender. Gabungan untuk anti-stress dan more relaxing. 


 Workshop DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

Produk pertama mummy dalam kelas DIY BEAUTY SKINCARE - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI DENGAN CLAIRE ORGANICS ialah CALMING PILLOW MIST. Wangian untuk bilik tidur, boleh di semburkan di bantal atau tilam. Barulah wangi dan cik abang bertambah sayang,kan !

DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS


Anak pulak, memang tidur lena dengan nyenyak ! Macam Dzal Aidi tu. Hahaha. Lena lah sangat ye ! Ok tapi memang sangat calming. Sebab mummy memilih bahan asas dari Lavender untuk DIY CALMING PILLOW MIST ini.

DIY CALMING PILLOW MIST BY CLAIRE ORGANICS

Nak buat DIY CALMING PILLOW MIST ini senang aje, hanya perlukan :-

1- Botol spray kosong
2- Air Mineral 40ml
3- Essential Oil 10 titik.
Mummy memilih essential oil dari Lavender. Boleh juga di letakkan essential oil yang lain seperti Ylang Ylang, Peppermint, Lemongrass, Grapefruit, Lemon dan banyak lagi.

Mudah je,kan? Kalau nak beli CALMING PILLOW MIST kat luar sana tu...harga mesti mahal,kan?

DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS


DIY WHITENING FACIAL MIST BY CLAIRE ORGANICS

Keduanya, mummy buat DIY WHITENING FACIAL MIST BY CLAIRE ORGANICS. Facial Mist best sangat, spray di muka untuk elakkan kulit keletihan. Lagi-lagi bila bekerja. Bau pun wangi, semangat nak bekerja. Ok cara buat DIY FACIAL MIST ini :-

1- Botol spray kosong (elakkan botol plastik, ye)
2- Air Mineral 45ml 
3- Essential Oil 10 titik. Mummy memilih essential oil dari Rose Geranium. Rose Geranium ini bagus untuk elakkan kegatalan kulit, hilangkan minyak berlebihan di muka.
4.-Floral Water dari Lavender sebanyak 1 sudu besar - 5ml

Nak sembur di tangan dan badan pun boleh. Wangi sampai rakan sekerja tegur spray perfume, ke?

DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

DIY ROOM FRESHENER POUCH BY CLAIRE ORGANICS

Yang ketiga, mummy kongsikan cara mummy buat DIY ROOM FRESHENER POUCH atau WANGIAN BILIK. Cara buat PEWANGI BILIK ini :-

1- Pouch Kecil
2- Green Tea Kering (Daun Teh Kering) - 1 sudu besar
3- Essential Oil 10 titik. Mummy memilih essential oil dari Peppermint. Untuk kesegaran bilik dan juga bagus untuk minda.
4.- Garam - 2 sudu

Campurkan kesemua bahan dan goncangkan hingga sebati. Wangian ini, boleh bertahan dalam masa 2 - 3 hari. Selepas itu, boleh letakkan lagi 10 titik peppermint esential oil lagi. 



DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

DIY MAKE UP REMOVER BY CLAIRE ORGANICS

Sharing yang ke-4 dari mummy DIY MAKE UP ROMOVER - PEMBERSIH MAKE UP  DI MUKA. Cara nak buatnya pun mudah je :-

1- Botol Kosong Kecil - 1
2- Carrier Oil (Jojoba Oil) - 20 titik
3- Floral Water (Lavender) - 5ml 
4- Essential Oil - Gabungan 2 jenis Rose dan Lavender 5 titik setiap satu.

Campurkan semua hingga sebati, mummy double up kan dos ini. Nak banyak sedikit. Kalau tak ada Floral Water boleh pakai mineral water sahaja.

Cara nak pakai, letakkan atas kapas muka dan sapu muka hingga kotoran make up hilang di muka. Mudah sangat !

DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS


DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS


DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

Gambar sekitar Workshop DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS ini di jalankan, kusyuk semua peserta hari itu. Mummy pun apa kurangnya.. Naik syiooook gak ! hehehe 

DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

Inilah 9 produk kecantikan DIY mummy hasil dari Workshop DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS.

  • Calming Pillow Mist
  • Relaxing Floral Bath Salt
  • Whitening Facial Mist
  • Aromathic Natural Perfume
  • Hair Darkening Coffee
  • Make Up Remover
  • Room Freshener Pouch
  • Whitening & Exfoliating Facial Mask
  • Anti Black Head Facial Mask

Nak semua resipi DIY SKINCARE ini? Kene join bengkel la,kan ! Tak best lah kalau mummy cerita semua kat sini. 

DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

Dalam pada itu, mummy juga bawa balik 6 produk tambahan dari Claire Organics. Kot-kot nak sambung DIY skincare kat rumah la kan ! Antara 6 pilihan mummy untuk di bawa pulang ialah :-
  • Argan Oil (Carrier Oil)
  • Ylang Ylang (Essential Oil)
  • Lip Balm 
  • Anti Acne Facial Scrub - yang ni best gabungan dari brown sugar dan pumpkin seed !
  • Eczema Healing Balm - Sesuai untuk kulit sensitif, gatal, kene gigitan seranga dan pelbagai juga kegunaannya. Walaupun anak mummy bukannya under ekszema. Tapi, kalau kerap berpeluh, cepat gatal. Barangan Claire Oraganics ini semua natural. Budak pun boleh pakai.
  • Hair And Scalp Care


DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS


DIY SKINCARE IN YOUR KITCHEN - BUAT PRODUK KECANTIKAN SENDIRI BERSAMA CLAIRE ORGANICS

Pada mulanya, macam takut je nak jeling-jeling harga. Sebab nampak sangat ekslusif dan macam mahal je. Rupa-rupanya, harga produk Claire Oranics sangat mampu milik.



Untuk selanjutnya, boleh ke :-



Instagram/Twitter: @claireorganics 
Email: claireorganics@gmail.com

Claire, Da:men, G-34B, Ground Floor
1, Persiaran Kewajipan USJ1, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia



9 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. wah dah macam ahli farmasi semua :) best nya

    ReplyDelete
  2. Wah!bestnyer mummy...nnt boleh la buat 1 tok nieyl..hihihihi

    ReplyDelete
  3. bestnya..acane nak joint bengkel ni, yeak?

    ReplyDelete
  4. wahh..bestnye..nanti kak lynda boleh la buat produk sendiri.,.hehe

    ReplyDelete
  5. suka utk make up remover.tahniah dah pandai diy.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. BRAPE YE harga yuran bengkel? macam berminatla, selalu stalk IG organichana produk dia pun rasa cam nak makan je.

    ReplyDelete
  8. Wah....gitu barulah best, dapat belajar buat produk kecantikan sendiri & natural pulak tu!

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post