INDAHNYA RAMADAN 2016 NIKMAT BERSAHUR DAN BERBUKA BERSAMA KELUARGA



Salam 10 Ramadhan semua ! Dah mkn sahur ke pagi tadi? Sahur apa? Yang tak puasa hari ini dah sarapan pagi? Indahnya Ramadan 2016 kali ini, kerana mummy di berikan peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan Al Mubarak sekali lagi! Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mummy nantikan, kerana mummy akan lebih dekat diri kepadaNYA. Dan.. dalam kesibukkan mummy sebagai seorang ibu yang bekerja bukan alasan untuk tidak luangkan masa bersama-sama keluarga tersayang ! Selama 10 hari berpuasa, belum ada satu hari pun berbuka tanpa keluarga. Setiap hari dapat bersama keliarga. Alhamdulillah. Indahnya Ramadan 2016 bersama keluarga !





INDAHNYA RAMADAN 2016 NIKMAT BERSAHUR DAN BERBUKA BERSAMA KELUARGA


Dzal baca doa 


Mummy dan keluarga bersahur di Mc Donald's . Dah alang-alang semua bangun pagi sekali. 

Sebelum makan sahur, kita baca doa makan dan niat puasa dulu :)


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Walaupun agak letih dan penat nak bangun awal. Bangun sahur di bulan Ramadan, bukan satu alasan. Malah bangun sahur adalah satu kemestian bagi mummy. Aktiviti jadual Ramadan ada kelainan sedikit, tak seperti bulan-bulan Islam yang lain... bangun pagi untuk menyiapkan juadah bersahur, siapkan diri sebelum ke tempat kerja dan juga menyediakan keperluan anak. 

Cerita bab bangun sahur ini, sebenarnya bukan mudah, ye ! Dalam kejutkan daddy bangun sahur, anak pun sama bangun sahur sekali. Huhu. 

Oleh kerana, semua bangun sahur sekali. Mummy pun terus ambil keputusan untuk bersahur di McDonald's sahaja. Ringan kerja mummy hari ini ! Gantung kuali !

Sekarang ini, ada banyak pilihan makanan yang sedap dan enak kita boleh dapati diluar. Antara pilihan kami sekeluarga ialah bersahur bersama hidangan McDonald's yang ada menu baru untuk Ramadan 2016. 

INDAHNYA SAHUR 2016 GRILLED CHICKEN BREAKFAST PLATTER DAN BIG BREAKFAST DENGAN HOTCAKES - MENU SAHUR ISTIMEWA DARI McDONALD'S




Menu sahur pilihan kami sekeluarga ialah Grilled Chicken Breakfast Platter. Kombinasi daging ayam yang di panggang, telur hancur, roti dan hash brown sudah cukup memadai bagi mummy untuk menu bersahur.


Bila bersahur ni, mood mengantuk masih ada. Mummy pun macam blur nak makan. Mula-mula makan telur hancur dulu. Tapi...macam lambat pulak nak habiskan makan. Takut tak terkejar waktu imsak.


Terus mummy gabungkan semua dalam satu macam ni. 







Menu istimewa McDonald's Indahnya Ramadan 2016 kali ini ialah Grilled Chicken Breakfast Platter dan Big Breakfast dengan Hotcakes. Ianya sangat istimewa, rugi kalau mummy  tak ambil peluang untuk bersahur bersama keluarga dengan hidangan ini. Kalau tak cuba, kang waktu puasa siang hari nanti dok teringat-teringat pula. Jenuh tahan air liur !


INDAHNYA RAMADAN 2016 FOLDOVER AYAM DAN FOLDOVER DAGING - MENU BERBUKA PUASA ISTIMEWA DARI McDONALD'S




Awal-awal Ramadhan ini, tekak mummy memang lain macam sedikit. Macam-macam kehendak. Biasalah kan, orang puasa memang gitu. Dah bersahur kat McDonald's, buka puasa pun nak McDonald's juga. 










Lagi-lagi bila dapat tahu ada menu McD istimewa buka puasa Ramadan 2016. Oh, lagilah membuak-buak keinginan nak cuba. Lagipun, foldover ini memang kegemaran kami sekeluarga. Pilihan menu berbuka McDonald's kami kali ini ini ialah Foldover Lazeez Ayam (untuk mummy) dan Foldover Mashwi Daging (untuk daddy).







Nampak sedap je,kan ! Tak sabar nak buka puasa dengan Foldover. Ops,,,sebelum makan, kita kene baca doa buka puasa bulan Ramadhan dulu ye: 

Doa : Allahuma laka shumtu wabika amantu wa ‘ala rizqika aftartu birahmatika ya arhama rohimin.



Maksudnya : Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka, Maha besar Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.



Kesibukkan jadual mummy dan daddy yang padat bukanlah penghalang untuk kami sekeluarga berbuka dan bersahur bersama-sama. Malah, silaturrahim ini semakin kukuh ! 



Aksi mereka makan bersahur dan berbuka dengan bersungguh-sungguh ! Ni yang membuatkan mummy rasa seronok sangat berbuka dan bersahur bersama-sama. 



Masa berbuka dan bersahur di bulan Ramadhan ini sangat berharga !





Dalam diari kehidupan mummy, nak makan sedap-sedap mesti nak bersama keluarga. Tak bestlah kan...kalau makan sedap-sedap tapi anak dan suami di tinggal-tinggalkan ! Walaupun jadual seoang ibu ini sangat sibuk. Tapi ianya, bukanlah alasan !




Korang yang nak dapatkan menu istimewa sahur dan berbuka "Indahnya Ramadan 2016" McDonald's kene cepat ye. Menu ini bukan selalu ada, rugi kalau tak cuba !







Keterangan lanjut, boleh layari :-




Facebook : McDonalds Malaysia

Instagram : mcdonaldsmalaysia



5 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

  1. pernah sekali bersahur di mcd.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. Tahun lepas nieyl penah sahur kat mcd...
    tahun nie belum berkesempatan lagi..hihihi

    ReplyDelete
  3. lama gila tak makan foldover tu...dulu ada je selalu..hahahaha...akak dah cuba pie bubur cha cha tak..? yg tu sedap kak!

    ReplyDelete
  4. Look yummy sgt mummy! Hehehe.. aina pernah sekali sahur dkt mcD. (^^,)
    Sahur & berbuka dengan family mmg seronok sgt.. Mggu ni nak balik kampung. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. belum pernah berbuka dan sahur kat mekdi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com

Previous Post Next Post