KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA - Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bag ikita peluang untuk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya...
------------------------------------------------
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA
*Satu_
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)
_👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_
_👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_
_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._
_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh._
_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._
_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._
_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_
_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_
_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_
_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_
_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_
_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_
_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._
_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_
_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_
_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_
_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_
_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._
_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_
_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_
_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._
_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._
_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_
_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._
_18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia._
_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_
_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_
_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_
_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._
Dan sebaik-BAIK sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah. Jadi, dengan itu mummy kongsikan. Wallahualam :)
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com