Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi | Menu buka semalam. Puas fikir nak masak apa ikan cencaru yang ada dalam peti ais tu. Kalau buat cencaru bakar, nanti nak masak sayur lagi. Fikir punya fikir, keluar idea ikan cencaru masak asam pedas bendi. Mak tu, tak makan ayam. Ikan pun...ikan tertentu je dia makan. Oleh kerana asam pedas lauk kegemaran mak. Kita proceed je Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi
Bahan-bahan Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Sedikit Lengkuas
Cili Boh ( 7 tangkai cili kering yang sudah di rebus)
Ikan Cencaru 2 ekor saiz sederhana
Daun kesum
5 bendi
Garam
Air Asam jawa
Sedikit minyak untuk tumis.
Cara Masak Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ikan Cencaru Masak Asam Pedas Bendi
1. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan air hingga didih.
3. Masukkan ikan,
4. Agak-agak dalam 5 minit. Letakkan daun kesum dan bendi.
5. Hampir siap dalam 3 minit, masukkan garam setengah sudu kecil dan air asam jawa.
6. Sebatikan.
Menu lain asam pedas - Asam Pedas Daging Tetel resipinya di SINI
Sedapnya...akak suka Tp akak guna Ikan kembung je...bendi letak banyak2...Sedapnyaaa..lawan ngan kicap and telur dadar
ReplyDeleteboleh try ni.. nyum2
ReplyDeletesalam singgah dik
ReplyDeletesedapnya nampak asam pedas cencaru tu
save dulu resepi nya tunggu ada ikan nak try hee
wahhh..nampak sedap tu..tapi kite tak makan ikan cencaru..heee
ReplyDeleteFirst time tgok cencaru masak asam pedas. Waaaa menariknya. Selalu cencaru org masak sumbat cabai jekan akak ?
ReplyDeletenampak sedap, tapi sy xsuka ada daun kesum
ReplyDeleteFeveret ni asam pedas. Sedap ! Selalu buat ikan merah atau tenggiri :D
ReplyDeletenad suka ikan kembung asam pedas..bendi tu nad akan amik dulu kalau lembut..kadang orang ada buat keras lagi
ReplyDeletehari ni maru start nak masak untuk berbuka. asyik makan kat luar je sepanjang 4 hari puasa hahahaaa
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com